Followers

Sunday, April 14, 2013

MEANT TO BE - Bab 6

“Ashfar, after meeting you bring Elianna to site, around afternoon time…”

Arahan yang keluar dari Mr. Paul Chan, director untuk bahagian landskap dan seni bina (architecture) itu membuatkan Elianna tersentak. Sekilas dia memandang ke arah Ashfar yang sedang tersenyum sumbing. Eei’ menyampah pula tengok muka mamat nie! Getusnya seraya segera berpaling.

“But Sir, can I—

“Can you what?” Kata-kata Elianna dipotong. Mr. Paul Chan merenung tajam ke arahnya. Elianna sedikit gugup. Niat hatinya untuk menukar partner serta merta terbantut.

“… Err, can we go early? I mean before afternoon?” Lain yang difikir lain pula yang diluah. Dahi Elianna kelihatan sedikit berkerut.

“Oh, yes. You can, you may arrange your time with Ashfar’s time. Okay Ashfar? She is now on you” Kenyataan ‘she is now on you’ membuatkan Elianna menjuihkan bibirnya. Pandai-pandai declares statement berani mati tu sendiri.

“Okay Sir, don’t worry. Everything will be in a good hand” Sahut Ashfar. Sebuah senyuman manis dihadiahkan kepada Elianna.

“Good!” Balas Mr. Paul Chan sambil menepuk-nepuk bahu Ashfar berulang kali. “Elianna… You must grab this opportunity, this young man is very good in landscaping, and you may be surprise with his master piece!” Puji lelaki itu sambil ketawa.

Ashfar turut ketawa bangga mendengar pujian ketua-nya itu. Elianna pula dengan senyuman yang dibuat-buat, tidak langsung menampakan keihklasannya. Ada aku kisah dia bagus ke tak? Gerutunya sendiri.

++++++++++

“Lama lagi ke nak sampai?” Soal Elianna tiba-tiba. Pandangannya masih terarah ke luar tingkap. Sedikit pun dia tidak memandang ke arah Ashfar.

Ashfar tersenyum. Perjalanan mereka sudah hampir separuh jalan, namun baru saat itu Elianna mahu membuka mulutnya.

“Dalam empat puluh minit lagi. Kenapa?” Soal Ashfar kembali. Sekilas dia menoleh ke arah gadis itu.

“Nothing” Jawab Elianna ringkas. Suaranya langsung tidak mesra.

“Nothing?”

Sepi.

“Sure? Ke you lapar?” Soal Ashfar sempat dia kerling ke arah jam di tangannya. Dah hampir waktu makan tengah hari.

“Apa kena mengena nothing dengan lapar?” Sinis sekali soalan yang keluar dari mulut gadis itu.

“Hmm. Nothing” Balas Ashfar sengaja mahu mengenakan Elianna.

“Nothing?? What do you mean by nothing!?” Suara Elianna kedengaran sedikit meninggi. Dia tidak suka bila soalannya dijawab begitu.

“Ha tahu pun marah bila orang bagi jawapan macam tu, padahal you sendiri yang mulakan tadi…, kan?” Sindir Ashfar sambil senyum mengejek.

“Hurmm” Elianna hanyan mendengus kasar. Tak apa, tak apa kenakan aku ya!?

“Well my dear, Elianna Muzafar… Boleh tak you jangan nak marah-marah macam ni? Cepat berkedut tahu tak muka tu”

“Sibuk apa, bukan muka you yang berkedut!” Tingkah Elianna geram.

Ashfar terdiam tidak tahu hendak dibalas apa kata-kata Elianna itu. First time dia jumpa perempuan yang Nauzubillah degilnya.

“Now dah lunch hour, you lapar tak? Tempat yang kita nak pergi ni jauh ke dalam, almost reach hutan, kawasan kampung macam kalau dekat Malaysia tu, looks exactly like perkampungan orang-orang asli. You tahu la kan, kalau dah nama pun kawasan macam tu, the foods semua susah nak dapat yang baik, yang berkualiti. Especially yang halal. If you rasa nak makan, we stop first. Then only continue, lagipun kita punya banyak masa lagi…” Terang Ashfar dengan panjang lebarnya.

Elianna kelihatan seperti memikirkan sesuatu. Entah betul atau tidak apa yang dikatakan oleh Ashfar itu. Raut wajah lelaki itu diperhatikan lagi, cuba mencari kebenaran disebalik kata-katanya.

“Jangan tenung I macam tu, tak takut jatuh hati nanti?” Seloroh Ashfar.

Teguran lelaki itu membuatkan Elianna tersentak dan segera berpaling. “Euww, vomit blood!” Balasnya sambil buat memek muka nak muntah.

Jawapan spontan dari Elianna membuatkan Ashfar ketawa besar.

“You kena jatuh hati dulu, then baru tahu nak vomit blood ke tak”

“Tak payah nak jatuh sangatlah. In your dream!”

“Well, will see” Jawab Ashfar sempat mengenyit nakal ke arah Elianna yang masam mencuka. “So, nak lunch dulu ke tak nak?”

“Tak nak!”

“Sure?” Ulang Ashfar ingin mendapatkan kepastian.

“Sure lah! Bawak ajelah kereta tu”

“Yelah tuan puteri Elianna… Apa-apa sajelah yang awak cakap, saya ni driver aje”

“Sedar diri pun!”

“Eh, amboi!”

“Shut up la!”

“Okey! Okey!! Heshhh!!” Putus Ashfar akhirnya. Perempuan ni laaa, betul-betul menguji tahap kesabaran dia yang tak tebal sangat nih! Hailah Elianna… Nasib baik cantik. Eh!

++++++++++

“Dah sampai!”

“Dah sampai?” Bulat mata Elianna memandang sekeliling. Ni hutan mana pulak dia bawa aku ni? “Err…--

“Tempat yang I bagitahu you tadi tu ke dalam lagi, about satu dua kilometer macam tu. Kereta tak boleh masuk, sempit. So, terpaksa park dekat sini…”

“Huh?” Satu dua kilometer lagi?? Bapak jauh!! Desisnya sendiri sambil melemparkan pandangannya jauh ke arah laluan tanah merah yang sayup-sayup melambai ke arahnya.

“Huh apa lagi, turunlah. Cepat kita siap, cepat kita balik”

“Jauhlah! Tak ada back up transport ke?”

Ashfar menjungkit kening mendengar soalan yang keluar dari mulut gadis itu. Nampak sangat tak pernah jalan jauh.

“Tak ada. Ni aje ‘back up transport’ yang ada” Balas Ashfar sambil menepuk-nepuk perlahan kedua-dua belah kakinya.

Elianna pamer muka nak belasah orang. Pandai nak perli orang pula dia ni! Gumannya di antara dengar tak dengar sambil berjalan ke bahagian depan kereta. Haish… Macam mana nak jalan dengan high heel macam ni? Boleh tercabut kaki aku nanti! Rungut Elianna seraya berpaling ke arah Ashfar yang sedang sibuk mengeluarkan barang dari dalam bonet kereta. Yang dia ni pun satu, dah tahu nak bawa aku masuk hutan ni, bukan nak ingatkan aku pakai sandal ke, selipar jepun ke, apa ke, akal letak kat lutut!

“Kalau tak nak masuk, you duduk aje dalam kereta ni. Tapi kalau Mr. Paul tanya report ke apa, jangan nak menyendeng dekat I pulak!” Laung Ashfar disusuli dengan hilai tawanya.

Elianna hanya mencebikan bibir.

“Nah, pakai selipar ni” Seakan tahu apa yang sedang bermain difikiran Elianna, Ashfar tiba-tiba muncul menghulurkan sepasang selipar ke arahnya. “Sorrylah, selipar ni besar sikit sebab selipar I kan. Tapi okeylah kalau nak dibandingkan dengan heels you tu”

Elianna memerhatikan selipar itu lama. Dari rupa dan bentuk memang kelihatan seperti selipar lelaki. Elianna kerling pula pada kaki Ashfar, hmm… Besar jugak kaki dia ni, size dua puluh ke apa ni?

“Size sepuluh setengah” Beritahu Ashfar tanpa disoal. “Alah, pakai ajelah. Tak payah nak takut sangat kecantikan you tu hilang. Lagipun dalam hutan ni bukan ada pakwe handsome pun nak tengok you, yang ada I aje, tak pun nanti cik monk, cousin you”

“Cik monk? Cousin I” Soal Elianna pelik. Sejak bila aku ada cousin kat dalam hutan ni?

“Ha’ah, cik monk… Monkey! Ha Ha Ha”

“Ha Ha huh! Tak kelakar langsung okey, tak kelakar!” Tingkah Elianna sambil memeluk tubuh. Mukanya tak usah cakap, masam mencuka!

“Alah you… Serius ni, pakai aje okey? Ke… Erm, ke you nak I dukung you? Hah… Mana you nak? Pilih-pilih…” Seloroh Ashfar sambil pamer riak seorang lelaki gatal!

“Hishh! Boleh tak jangan nak sinis sangat kalau nak tolong orang tu?” Soal Elianna dengan mata yang mencerun ke arah Ashfar. Dalam keadaan macam tu, sempat juga dia menarik selipar yang dihulurkan oleh lelaki itu.

“Boleh tak kalau nak terima bantuan orang tu cantik-cantik sikit mukanya?” Balas Ashfar dalam nada bergurau. Dia memang sengaja, sengaja nak kenakan Elianna.

Elianna mendongakkan sedikit kepalanya.

“Cantik macam ni!?” Elianna pamer senyum tak ikhlas. Senyumannya memang sampai ke telinga, tapi bayangkanlah bila tak ikhlas, agak-agak macam mana rupanya kan.

“Ha Ha Ha. Cooooomel sangat!”

“Dah, dah. Tak payah nak gelakan orang sangat. Cepat!” Bidas Elianna, langkah kakinya keras diatur meninggalkan lelaki itu. Entah apa yang lawak sangat sampai gelak macam orang nak meninggal. Huh!

“Ek eleh, sikit-sikit nak marah. Sikit-sikit nak marah”

“Eh, suka hati I lah!”

“Sikit-sikit suka hati I, sikit-sikit suka hati I” Usikan Ashfar makin menjadi-jadi.

Langkah kaki Elianna terhenti. Dia berpaling mengadap Ashfar yang tersengih memandangnya.

“You pernah kena lempang?” Soal Elianna serius. Tangannya diangkat sedikit. Sipi-sipi lagi nak mengenai pipi lelaki itu.

“Err…” Ashfar terdiam kaku. Mulutnya tertutup rapat. Garang nak mampus minah ni, tak boleh bawa bergurau! Omelnya sendiri. “Yelaaaa…. I diam” Putusnya.

“Good!”

Elianna kembali mengatur langkah. Walaupun dalam keadaan yang serius, hayunan kaki Elianna nampak kelakar di mata Ashfar. Sempat juga beberapa kali lelaki itu tergelak kecil bila melihatkan keadaan gadis itu. Gaya jalan Elianna ketika itu kelihatan seperti ketam, terhuyung hayang dia berjalan, bimbang kalau-kalau selipar yang dipakainya terlepas dari kaki. Kesian Elianna… Sorrylah Eli, dia bukan sengaja, sumpah dia terlupa.





++++++++





“Here we are!!”

“Ha, wait! This is the place?” Soal Elianna sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Subhana’Allah… Hati Elianna tercuit bila melihat keindahan landskap yang terbentang di hadapan mata. Kaku mulutnya untuk berkata-kata. Setelah lelah merentas lecak dan tanah merah yang berliku akhirnya mereka sampai juga di tempat yang hendak dituju. Terasa lapang dada Elianna ketika itu. Taman indah buatan manusia yang sedang dilihatnya begitu cantik dan menakjubkan.

“Cantikkan?” Tanya Ashfar. Dia juga turut memerhatikan keindahan landskap yang diilhamkan sendiri olehnya.

“Cantik… Sangat cantik. Japanese garden?” Soal Elianna seraya menoleh ke arah Ashfar yang berdiri membelakangkannya.




“Yup! Pandai. Owner rumah ni husband dia Japanese. So, they all yang requested nak buat tema landskap Japanese garden ni. Berbulan juga lah I buat research pasal hal ni… and for your info, dia pun Malaysian tau…”Beritahu Ashfar. Sewaktu bercerita bibirnya tidak pernah lekang dari senyuman.

“Malaysian? Eh, ramai juga orang Malaysia duduk sini eh?” Elianna mengerutkan dahinya. Sejak dia di situ bukan sorang dua orang Malaysia yang ditemuinya. Ni lelaki yang berdiri tegak dihadapannya ni pun orang Malaysia, entah apa seronoknya duduk di tempat orang. Pelik! Desis Elianna sendiri.

“Normal lah tu. Macam kita. You, I, kita pun Malaysian kan? Apa nak heran…”

“Excuse me! You aje ye, not us. I am not here for staying. Not like you…-

“… Then, you are here for what? Nak pulihkan hati yang terluka disebabkan cinta yang tidak kesampaian?” Lancar saja mulut Ashfar mengutarakan ayat itu.

Elianna terdiam. Dia sedikit terkesan mendengar ayat itu. Mukanya terus berubah. Dia berpaling dari membelakangkan lelaki itu.

Ashfar tersedar yang dia baru saja terlepas kata, rasa bersalah mula terbit di dalam dirinya.

“Eli… I am sorry. I didn’t mean to…- Ayat Ashfar mati di situ. Dia tidak mampu untuk meneruskan ayatnya. Rasa bersalahnya semakin menebal bila terdengar keluhan berat yang dilepaskan oleh gadis itu.

“Eli…-

Elianna masih mendiamkan diri. Cuba mencari kembali kekuatan yang sudah tercalar dek kelantangan mulut lelaki itu. Dia tidak mahu mengaku dan tidak juga mahu menidakkan. Dia hanya mahu membiarkan hal itu tanpa jawapan. Di mahu membiarkan lelaki itu terus tertanya-tanya dan mencari jawapan.

“… So, ada apa-apa yang you nak beritahu I tentang tempat ni?” Elianna kembali bersuara. Dia tidak mahu meneruskan perkara tadi.

“Err…” Ashfar berkira-kira untuk menjawab.

“Yes, anything?” Tanpa sedar Elianna mengukir senyum. Walaupun kelihatan tidak ceria namun bisa mengurangkan rasa bersalah yang sedang bersarang di hati Ashfar.

“… Err, you tahu kan Japanese Garden ni first appeared-nya dekat Honshu Island?” Ashfar cuba menukar topik perbualan. Matanya mencerun memandang ke wajah Elianna yang kemerahan.

“Honshu Island? Err…” Dahi Elianna sedikit berkerut. Tidak pernah seumur hidup dia tahu ada pulau nama Honshu, setakat Langkawi Island, Pangkor Island dia tahu lah.

“Honshu Island tu pulau terbesar di Jepun. So the origins of Japanese Garden ni banyak dipengaruhi oleh landskap pulau Honshu. Kalau you search Honshu Island you akan nampak main characteristics dia ada rugged volcanic peaks, ada narrow valleys, ada bukit-bukit dengan air terjun, tasik, batu-batu kecil dan macam-macam lah. Ada juga tempat-tempat yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga dan different species of trees. Tapi kalau pokok tu biasanya type yang evergreen green, malar hijau… Untuk landskap rumah ni I ambil sikit-sikit dari idea tu lah, ambil dan ubah suai mengikut citarasa owner dan keadaan sekitar, biasalah kan, cuaca kat sini tak menentu…”

Elianna terangguk-angguk bila mendengar penjelasan dari Ashfar. Anak matanya tidak berganjak dari memandang ke arah lelaki itu. Buat pertama kali dia merasa kagum dengan kebolehan Ashfar. Hilang sedikit rasa marahnya pada lelaki itu. Tanpa sedar matanya leka memerhatikan setiap inci wajah Ashfar. Matanya kecil, tirus sedikit dibahagian hujung. Bila dia tersenyum atau ketawa, anak matanya langsung tidak kelihatan. Comel. Hidungnya mancung. Bibirnya nipis cantik terukir. Raut wajahnya pula sangat bersih dan menenangkan.

“Elianna… You tengah tengok apa tu? I bukan salah satu dari character Japanese Garden ni ye… Details sangat cara you teliti I ni…” Sindir Ashfar bila terpandangkan Elianna yang sedang asyik memerhatikan wajahnya.

Elianna cepat-cepat mengalihkan anak matanya. Darah merah terasa menyerbu ke muka. Tubuhnya dijarakan sedikit dari lelaki itu. Ishhh!! Tak tahu malu lah kau ni Eliannaaaaa… Tingkah hatinya. Terkumat-kamit mulutnya memarahi dirinya sendiri.

“… Well, I dah warning you awal-awal kan… Now I repeat, jangan tenung I lama-lama macam tu, takut jatuh hati nanti…” Usikan Ashfar semakin menjadi-jadi. Dia tertawa kecil bila melihat Elianna yang sudah tidak tentu arah keadaannya.

“Eh, tolong sikit ye. I ingat ke you ni pokok sebab tu I ralat tengok you. I nak jugak tahu you ni pokok jenis apa kan…” Elianna cuba beri alasan selamatkan diri. Walaupun alasannya itu langsung tidak masuk akal, tapi lantaklah…

“Pokok yang kacak bergaya kan? Yang membuatkan Miss Elianna Muzafar kagum dan gila bayang dengannya kan?? Kan??” Duga Ashfar sambil mengenyit nakal.

Elianna buat memek muka nak muntah. “Please yer. Jangan nak perasan lebih-lebih. Annoying giler!” Dia mula melangkah setapak meninggalkan Ashfar.

“Eleh… Annoying annoying pun muka ni juga yang you duk tenung tadi kan… Sudahlah Eli, mengaku ajelah yang I ni sedap mata memandang. Lagi sedap dari permandangan tempat ni…”

Elianna menoleh sekilas ke arah Ashfar. Matanya tajam merenung ke arah lelaki itu. Ashfar membalas pandangan Elianna dengan senyuman yang paling menawan. Anak mata Elianna seakan terkunci, sekali lagi dia tewas dengan pandangannya.

“Gotcha! See… You love my smile so much, don’t you?” Kening Ashfar diangkat berulang kali.

Elianna terkedu. Again, Elianna? Again!? Okay now you should hate yourself! Guman Elianna sendiri. Geram bila pemikiran dan hatinya tidak searus dengan dirinya sendiri.

“… Kan Elianna, kan? You sebenarnya suka dekat I kan? Tapi you malu nak mengaku. Kan?” Ashfar masih seronok mengusiknya.

Elianna menjuihkan bibirnya, tidak tahu mahu dibalas apa sindiran Ashfar itu. Hendak melawan, sah-sah dia akan kalah. Sudahnya dia hanya membiarkan Ashfar mengetawakannya. Duk kan, kan dari tadi. Bagi backhand baru tahu. Kurang asam! Tingkahnya di dalam hati.

“… Hello Lovely…”

Tiba-tiba mereka disapa oleh suatu suara. Serentak mereka menoleh.

“Hey Sweetie!” Ceria suara Ashfar menyambut sapaan itu.

Elianna terpingga-pingga.

Lovely? Sweetie? Like what?



++++++++++++++++++++


Bersambung! :D


<3 Always,
Ara :)



Wednesday, April 10, 2013

MEANT TO BE - Bab 5

Assalamualaikum :)

Sorry Reader(s), baru nak upload new entry. Ara just got back from singapore for research purpose.
So, here you go - Meant To Be (Bab 5)

p.s : Please drop me some love/comments, so that Ara tahu this story ada followers-nya. Thank you! :D


++++++++++++++++++


ELIANNA berdiri di balkoni sambil menghirup udara malam yang segar. Pandangannya dilempar ke setiap sudut dan ruang. Cahaya dari lampu filament yang tiangnya dihias indah menghiasi bandar itu membuatkan hatinya kagum. SubhanaAllah… Cantik betul! Desisnya dengan senyuman nipis terukir di bibir. Dialihkan pula pandangannya ke langit tinggi. Pandangannya suram. Langit gelap. Tidak kelihatan satu bintang pun yang menghiasi langit. Hmm. Elianna menjauhkan sedikit tubuhnya dari jejaring balkoni dan kemudian menyandarkan tubuhnya ke dinding. Kenangan lama kembali menerpa ke kotak fikirannya.

“Sayang, you nak tahu something?” Soal Hanif secara tiba-tiba. Langkah kaki Elianna serta merta terhenti.

“Emm… Tahu apa?” Soal Elianna. Wajah Hanif ditenung penuh kasih. Mereka baru saja selesai dari makan malam sempena meraikan hari ulang tahun perhubungan mereka yang ke lima tahun.

“Erm, kalau you tengok langit waktu malam you akan nampak apa?”

Elianna mendongak sedikit ke langit. “Nak nampak apa? Tak nampak apa pun, nampak gelap aje” Jawab Elianna sengaja ingin mengusik kekasih hatinya itu.

“Ala sayang… I serious ni. Cuba fikir betul-betul. Dekat langit ada apa?”

“Erm… Ada… Ada bintang?”

“Yes betul!”

“Err. Okay then?” Soalan Elianna penuh tanda tanya. Dia cuba mencari makna yang tersirat di sebalik mesej yang disampaikan oleh lelaki itu.

Kening Elianna yang berkerut membuatkan Hanif ingin menerangkan dengan lebih lanjut.

“Okay let me tell you the secret. My secret…” Beritahu Hanif berbisik. Hidung mancung Elianna dicuit perlahan. “Erm… You nak tahu tak, setiap satu bintang dekat langit tu kan sebenarnya symbolizes one reason kenapa I sayang dekat you…” Tutur Hanif dengan nada suara yang romantis.

Elianna mengukir senyum bahagia. “Wah!! Kalau ada banyak bintang maknanya banyaklah reason you sayang I ya?”

“Yup! Yup!”

“Erm… Tapi kan you… Bintang tu kan boleh hilang dan bukan setiap malam ada. Kalau satu malam tu tiba-tiba I nak pandang langit dan tiba-tiba pula I tak nampak bintang macam mana?” Ada betulnya juga dengan soalan Elianna itu.

Hanif terdiam mencari ayat yang sesuai untuk menjawab soalan dari gadisnya itu.

“Hmm. Sayang, come, look at me” Pinta Hanif. Elianna menurut. Dia berpaling mengadap lelaki itu. “Nantikan… Kalau tiba-tiba you pandang langit kan, then you tak nampak bintang kan… So maknanya kannn…-

“Hish, jangan main-mainlah. Cakaplah betul-betul” Potong Elianna bila Hanif seakan ingin bermain tarik tali dengannya.

“Maknanya time tu… Time tu I dah tak sayang you lagi lah…Ha ha ha”

Kata-kata Hanif disambut Elianna dengan jelingan yang tajam. “Main-main kan? Suka main-main!”

Hanif tersenyum tipis mendengarkan nada Elianna yang sudah berjauh hati. “Janganlah marah sayang. I saja nak bergurau dengan you. Takkanlah nanti I dah tak sayang dekat you. How could I? You know me well kan, sayang?”

“Of course I know you!”

Dummm!

Bunyi petir menghentikan Elianna dari lamunannya. Astaghfiruallahalazim… Elianna beristighfar sambil meraup wajah.

“Hmm… I was wrong. I never knew you, Hanif. Never”

Elianna bangun untuk kembali ke dalam bilik. Cukuplah untuk malam ini… Hatinya memujuk.


+++++++


HANIF NORMAN mengimbangkan dulang di tangan sambil berjalan ke arah Luqman yang sedang asyik mengunyah kentang goreng.

“Gila! Malam-malam buta datang sini!” Tingkah Hanif tak semena-mena.

“Gila apanya? Kita datang sini nak makan kut!” Jawab Luqman bersahaja. Tangannya masih tak lepas menyumbat kentang goreng ke mulutnya.

“Datang sini nak makan tu tak gila. Tapi tempat kita makan ni yang gila, plus time kita makan pun gila jugak! Kolestrol bro, kolestrol! Obesiti kita nanti! Ha ha ha”

“Alah kalau nak fikirkan kolestrol dengan obesiti bukan sebab kau makan dekat MC’D je, kau makan dekat rumah pun boleh obes jugak. Lagipun kita bukan makan selalu. Sekali sebulan pun jarang kan? Relakslah”

“Yup. You are right!” Sahut Hanif sambil menghirup air sprite kegemarannya. Malam ni entah kenapa dia rasa nak keluar. Hatinya tiba-tiba rasa tak selesa.

“Eh, Eli apa cerita bro? Lama aku tak nampak dia?”

Hampir tersedak Hanif bila terdengar nama Elianna meniti di bibir Luqman. Dicapai tisu yang masih berada di atas dulang.

“Kau okey?” Soal Luqman sedikit hairan. Kenapa dengar nama Eli macam dengar nama hantu?

“We were no longer together” Beritahu Hanif lambat-lambat.

“Huh, what??” Luqman seakan tidak percaya dengan apa yang baru saja didengarinya. Hampir tersembur kentang goreng yang ada di dalam mulutnya.

“We broke up”

“Huh? Why? Kau serius ke ni? Atau korang just bergaduh?”

“Nope. This time memang serious. No turning back” Jelas Hanif bersungguh-sungguh.

“Okey ni memang betul-betul gila. But why, bro? Korang bukan dah nak kahwin ke? Tak ada ribut tak ada apa, tiba-tiba dah clash? Kau yang buat hal ke dia?” Soal Luqman. Dia benar-benar terkejut mendengar berita itu. Bukannya dia tidak tahu kisah percintaan di antara Hanif dan Elianna, bercinta sejak dari bangku sekolah lagi. Baru beberapa bulan mereka tak bersua muka, tup-tup dapat tahu dah tak ada apa-apa.

“Hm. It’s complicated lah… Aku pun tak tahu nak cakap siapa yang salah. Kau anggap ajelah aku yang buat hal”

“Kau buat apa? Kau ada perempuan lain ke? Woah bro! Eli tu dah cukup perfect untuk kau…-

“Ye, aku tahu. Tapi aku tak bersedialah…-

“Bersedia? Maksud kau bersedia dari segi apa? Aku tengok kau dah kukuh kut. Fizikal, mental, kewangan. Kerja kau bukan tak bagus. Apa lagi yang tak kena?”

“Aku tak bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai seorang suami. See, kau pun cakap dia perfect. Terlalu perfect untuk aku. Aku takut aku tak boleh nak jaga dia, tak boleh nak happy kan dia. Aku tak sempurna untuk dia… Lagipun, kau faham ajelah. Sekarang ni kami jauh. Dia dekat KL aku dekat Penang. Nanti kalau dah kahwin macam mana? Takkan nak jadi weekend’s husband and wife. Sekarang ni tak apa lah sebab kami berdua, nanti dah ada anak, takkan nak hidup macam tu lagi… Susah. Aku tak nak nanti anak-anak aku, keluarga aku terabai…” Terang Hanif dengan panjang lebarnya. Dia tersandar di kerusinya sambil meraup muka berulang kali.

“Ler, apa yang kau cakap ni bro? Kau dengan dia bukan sebulan dua, sepuluh tahun tau? Sepuluh tahun tu bukan waktu yang singkat. Takkanlah dalam sepuluh tahun tu kau tak pernah ada rancangan apa-apa. These are all nonsenses la… Kau sebenarnya takutkan komitment kan? Kau tak bersedia nak pikul tanggungjawab. Takut tu, takut ni, banyak sangat benda yang kau nak takutkan… Go ahead ajelah” Pujuk Luqman. Suaranya sengaja dikeraskan.

“Hurmm! Kau cakap senanglah, kau tak rasa…” Mendatar suara Hanif. Dulang yang masih penuh berisi makanan dia tolak ke tengah meja. Hilang sudah seleranya.

“Ini bukan masalah aku rasa atau tak. Kau tak sayangkan Eli ke? Kau dah lupa apa yang dia dah buat untuk kau? Kau lupa segala kebaikan, susah payah dia untuk kau? Kau ni… Haish. Tak tahulah apa yang ada dalam kepala kau ni. Pelik aku!”

“Kau jangan cakap macam tu, Luq. Kau kena support aku. Aku kusut sekarang ni” Pinta Hanif meraih simpati dari kawan baiknya itu. Kata-kata yang keluar dari mulut Luqman sedikit sebanyak terkesan di hatinya.

“Aku bukan tak nak support kau. Tapi kau ni, perangai kau ni, tak pernah nak berubah. Aku kenal kau dah lama, Han. Kau jangan nak cakap pusing-pusinglah. Kau ni sebenarnya tak puas lagi nak hidup enjoy. Nanti kalau dah kahwin kau takut kau dah tak boleh nak bersosial sana sini. Kan? Betul kan cakap aku?” Luqman cuba menyedarkan Hanif.

“Aku tak tahu, bro. Aku tak boleh fikir. Kusut tahu tak kepala aku ni. Serabut! Semak!”

“Hurm… Kau sayang lagi tak dengan Eli? Kau tak rindu dia? Bila last korang berhubung?” Hanif kembali mengendurkan suaranya. Dia cuba sedaya upaya untuk membantu temannya itu.

“Apa yang kau expect bila tanya aku soalan macam tu? Of course aku sayangkan dia. Tipulah kalau aku cakap aku tak rindukan dia. We’ve been together for ten years. Hari-hari berhubung tak pernah missed dan sekarang ni… Hmm… I miss her so much, Luq. Lepas aku minta putus tu, aku langsung tak dengar apa-apa berita dari dia. Ada juga aku nampak dia online skype, tapi bila aku try nak contact terus dia logged off…”

“Kau minta putus macam mana?”

“Err… Through.., Through sms je” Jawab Hanif di antara dengar tak dengar. Suaranya tersekat-sekat.

“Through what?? Sms? What do you mean by ‘sms je’? Kau tak call dia?”

“Err… Tak. Aku takut” Jawab Hanif ringkas.

Riak wajah Luqman berubah. Darah terasa menyerbu ke muka.

“Kau minta putus melalui sms aje? Oh Shit! Kau ni memang betul-betul la bro… Betul-betul tak guna!” Tingkah Luqman marah. Dia tak sangka kawan yang dia kenal sejak dari kecil boleh jadi sebodoh itu. “Kau tahu tak? Bila kau buat macam tu, nampak sangat kau tu pengecut!” Sambung Luqman lagi. Marahnya pada lelaki itu langsung tak berlapik.

“Aku sorry, bro! Aku sorry! Aku tak tahu apa yang aku fikirkan waktu tu. Aku memang bodoh. Bodoh sebab buat dia macam tu. Aku betul-betul menyesal!” Kesal Hanif.

“Kau nak menyesal sekarang pun dah tak guna, Hanif. Dia pun kau tak tahu kat mana”

“What should I do now? Aku nak minta maaf dengan dia… Aku—

Ayat Hanif mati di situ. Pandangannya dibuang keluar tingkap. Ya Allah… Apa yang aku dah buat ni? Apa yang aku dah buat dengan dia? Serentak dengan itu, wajah Elianna terbayang di depan mata. Tawa riang dan senyum manja gadis itu silih berganti. Bagai digilis dengan treler panjang yang sarat dengan muatan, Hanif Norman dapat rasakan suatu perasan yang cukup menyesakan jiwanya. Dadanya sebak, lebih-lebih lagi bila terkenangkan perkara-perkara susah senang yang pernah dia lalui bersama gadis itu. Gadis yang menjadi penghuni hatinya sejak bertahun lama.

Elianna… I am truly sorry, sayang… I’m sorry…



+++++++++++++++++



“DUDE!”

Sapaan dari arah belakang membuatkan Kenny terkejut. “Hoi, kau ni buat terkejut aku saja! Dari mana?” Dengan perlahan dia mengurut dada.

“Office lah, dari mana lagi! Kau sorang ke? Boleh aku duduk?” Soal Ashfar sekadar berbasa-basi.

“Eleh, sejak bila nak minta-minta izin ni? Come, join me. Have a seat” Pelawa Kenny.

Ashfar tersengih. Hanya dengan sekali pelawaan, dia menarik kerusi. Bila sudah selesa duduknya, dia berpaling untuk mencari pelayan. “Waiter!” Panggilnya. Tiba-tiba dia terpandangkan seseorang. Elianna… Nama itu meniti di bibirnya.

“Ken, tu Elianna kan?” Soalnya pada Kenny walaupun pada hakikatnya dia sudah tahu siapa.

“Elianna? Where?”

“Tu! Yang dekat kaunter tu” Ashfar menunding jari ke arah Elianna yang mungkin sedang membuat bayaran.

“Eh, ha’ah lah... Eli!!” Tanpa disuruh Kenny terus memanggil nama itu. Ashfar tergamam. Ish, tak menyempat-nyempat lelaki ni pun.

Elianna yang terdengar namanya dipanggil segera berpaling.

“Eh, hai!” Elianna mengangkat tangan sambil tersenyum melambai ke arah mereka atau lebih spesifiknya hanya ditujukan kepada Kenny.

“Come, join us!” Pelawa Kenny.

Elianna sekadar tersenyum dan kemudiannya mengeleng.

“Go ahead. I’ve got something to do!” Beritahu Elianna

Raut wajah Kenny kelihatan hampa. Namun dia tetap tersenyum. Mungkin betul gadis itu ada sesuatu yang hendak dilakukannya.

“Oh okay, see you later then” Akhiri Kenny. Elianna menganggukan kepala sambil menundukan sedikit tubuhnya. Selepas itu, dia segera berlalu. Tidak langsung dia menoleh ke arah Ashfar yang sedari tadi asyik memerhatikan gerak gerinya.

“Oi, dahlah tu. Bayang dia pun dah tak ada!” Usik Kenny mematikan renungan Ashfar.

“Eh, bila masa pula aku tengok dia” Ashfar pura-pura buat tidak tahu.

“Eleh, macam lah aku tak tahu. Kau suka dia?” Terlalu direct soalan yang keluar dari mulut Kenny.

Ashfar pecah tawa. “Apa soalan kau ni” Balasnya sambil menyumbat sandwich ke mulutnya.

“She’s hot kan?” Soal Kenny lagi sengaja mahu menguji lelaki dihadapannya itu.

Ketawa Ashfar diganti dengan senyuman penuh makna. “She’s beautiful. Tak sesuai perumpamaan hot tu untuk dia. Kedengaran macam perempuan tak baik…” Jawabnya.

“Oh, back up dia nampak” Kenny kembali mengusik.

“Ada-ada ajelah kau ni. Siapalah aku ni nak digandingkan dengan perempuan cantik macam tu. Lagipun perempuan macam dia tu, sah-sahlah dah berpunya. Entah-entah dah kahwin dan ada anak semua. Kau ni pandai-pandai aje”

“She’s single” Beritahu Kenny ringkas dengan kening yang sengaja diangkat berulang kali.

Ashfar terbatuk kecil.

“So, what?”

“So what apa, tak nak try?”

“Kau gila?” Spontan sepasang mata bundar Ashfar terbeliak.

“… Atau kau nak aku tanya dia?” Usik Kenny semakin menjadi-jadi.

“Ehe… No need, Ken. No need. Kalau aku nak dia pun, I have my own way kut. Tak gentleman lah pakai middle man”

“Aha, good answer. Best of luck, bro!”

“Well, thank you…” Sambut Ashfar. Dia melayankan saja kerenah lelaki cina itu. Sejenak dia terfikirkan tentang Elianna. Terimbas kembali kejadian sewaktu mereka di pantri tempoh hari. Bibirnya terukir sebuah senyuman tersirat. You have to work really hard, Ashfar… Really, really hard. Beritahu hatinya.


+++++++++


“Coffee?”

Elianna menoleh ke arah pintu biliknya. Raut wajah gadis itu terus berubah tatkala melihat sesusuk tubuh lelaki yang paling menjengkelkannya.

“Mana adab?” Sarkastik sekali bunyi soalan yang keluar dari bibir nipis gadis itu. Keningnya diangkat sebelah tanda tidak puas hati.

Ashfar tidak menghiraukan soalan Elianna. Dengan muka selamba, dia terus melangkah masuk dan berjalan menuju ke meja gadis itu.

“… Dah tak reti nak beri salam atau ketuk pintu tu dulu sebelum nak sergah orang? Entah duduk dekat planet mana!” Sambung Elianna lagi. Geram sungguh dia dengan perlakuan lelaki dihadapannya itu.

“Coffee?” Tanpa rasa bersalah Ashfar mengajukan kembali soalannya tadi.

Elianna merengus kasar.

“Tak payah nak buat baik! Just get out from here!” Jawab Elianna tegas tapi masih dengan nada suara yang dikawal. Perhatiannya kembali tertumpu pada kertas kerja yang berselerak di atas mejanya.

“Tea?”

Senyap.

“Milo? Nescafe? Neslo?? Panas, sejuk, warm?”

Elianna jeling tajam.

“What do you want, Ash?? You tak nampak I sibuk ke?? Hishh!”

Ashfar masih tidak berganjak. “Orange juice? Mango? Grape? Mix fruit??” Habis segala jenis air disebutnya. “Or… You nak I serve you food. Spell it out. I’ll buy for you” Lelaki itu masih tidak berputus asa.

“Eli? Elianna… Hey, I am talking to you…~ Hey, Hey, Knock knock. Helloooo… Anybody home!??” Tak cukup dengan suara, meja dihadapannya pula menjadi sasaran. Diketuk-ketuknya meja itu dengan tangannya semata-mata untuk menarik perhatian gadis itu.

“Oh God!!! What do you want, Ashfar!??” Elianna sudah mula hilang sabar. Dia bangun dari kerusinya lalu memeluk tubuh. Raut wajahnya tegang merenung ke arah lelaki itu.

“I want a date” Lancar saja permintaan itu keluar dari mulut Ashfar. Lelaki itu kelihatan tenang walaupun pada waktu itu Elianna sudah mula menyinga.

“What? You want what? Come again!”

“A date with Miss Elianna Muzafar”

Elianna hempas file yang berada di atas mejanya.

“You!”

“Just a one date. Me, you. You, me. Us. Only us”

“Nonsense!” Bentak Elianna marah.

“Hey, don’t give me that face. So-not-match with you. Please, just one date. Or, we go for dinner. Or. Or appointment, meeting, err whatsoever you called it”

“For what!?”

“To know each other better. I mean, as a friend”

“Know each other better? Untuk apa? I tak nak kenal you dan jauh sekali untuk jadi kawan you. Please lah Ashfar, get a life!”

“Elianna… I am serious. Why it is so difficult?”

“Look Mr., if you think this is serious, so am I. I have told you many times. I am NOT INTERESTED with you! Get it? I am not! Now, do me a favor. Leave me alone”

“But Elianna… I

“A’a nope! I don’t want to hear any words from you anymore. Please. Pintu tu dah siap sedia terbuka untuk you. Please make your move.”

Hmmm… Ashfar akhirnya akur. Dia mengalah. Tak mengapa jika bukan sekarang. Dia punya banyak masa lagi untuk mendekati gadis itu.



+++++++++++



You have received an instant message from: Buttercup^^

Buttercup^^: Hi sweetie!

Elianna menoleh bila terdengar bunyi notification yang diterima daripada komputer ribanya.

Buttercup^^: Typing…

Dahinya berkerut sedikit. Buttercup? Erm… Siapa? Dia cuba mengingati kembali nickname itu.

Buttercup^^: Hi, busy there? Mind to chat?
Sweetie_Cuppies: Typing…
-
Sweetie_Cuppies: Who’s there? Mind introduces?
Buttercup^^: :)
Buttercup^^: Cepatnya lupa.
Sweetie_Cuppies: Err… Sorry. Bukan lupa tapi tak ingat. Siapa eh?
Sweetie_Cuppies: Typing…
Buttercup^^: Typing…
-
Buttercup^^: He He. Remember your new friend? I rasa kita pernah sembang last week… You suruh I hold, then lepas tu you hilang terus. Masih ingat?

“Suruh hold then hilang? Err… Siapa ni eh?” Elianna masih cuba memerah ingatannya. Hmm… Jemarinya menari-nari di atas keyboard. Masih teragak-agak samada mahu meneruskan perbualan atau…

Sweetie_Cuppies: Typing…
Sweetie_Cuppies: Erm sorry. Tapi serius tak ingat.
Buttercup^^: Oh. Too bad… But, it’s okay. Lagipun kita belum berkenalan secara rasmi lagi hari tu. You macam tergesa-gesa. Maybe we had around 2-3 line of conversations. Tu je, not much. No worries :)
Sweetie_Cuppies: Oh really. Good!
Buttercup^^: Typing…
Buttercup^^: By the way, you can call me Ash Mr. C :)
Sweetie_Cuppies: Mr. C? Pelik…
Buttercup^^: Yup, Mr. C for Mr. Cool plus Awesome.
Sweetie_Cuppies: Ha Ha. Then I think, I should call you Mr. CA instead of Mr. C? Ada dua perkataan kut dekat situ.
Buttercup^^: Can also. But please careful eh. Pronounce it as Mr. C.A instead of CA. Ada beza tu! :)
Sweetie_Cuppies: Ha Ha. Okay Mr. C.A! :D
Buttercup^^: Then, what should I call you sweetie_cuppies? I bet you ni girl kan?
Sweetie_Cuppies: Takkan kut ada lelaki nak guna nickname I ni…
Buttercup^^: Well, you’ll never no… So, tell me. What should I address you?
Sweetie_Cuppies: Err… I thing you spell know wrong, It is KNOW not NO.
Buttercup^^: Opsss, sorry. But miss, I think your ‘thing’ also wrong. It should be THINK, right? ;)
Sweetie_Cuppies: Ha Ha. Fine! Satu sama!
Buttercup^^: He He. I’m kidding. Jangan simpan dalam hati, okey?
Sweetie_Cuppies: Mmmmm… Will consider :)
Buttercup^^: Ahhh…. Okay then! So Miss Sweetie_Cuppies, this is third time dah I tanya you soalan yang sama. I patut panggil you apa ni?
Sweetie_Cuppies: Oh, sorry. Lupa!
Sweetie_Cuppies: Ermmm…
Sweetie_Cuppies: Typing…
-
-
Sweetie_Cuppies: Typing…
Buttercup^^: Amboiii… Lamanya nak ingat nama sendiri...~
Buttercup^^: I asyik nampak you duk typing typing aje. Takkan dah hilang ingatan kut lepas dapat chat dengan Mr. Cool and Awesome ni? Ha Ha Ha
Sweetie_Cuppies: Ha Ha Ha… Sengal!
Sweetie_Cuppies: Well, you can call me Miss Universe then… Ha Ha Ha. Nickname nak
best aje. Tak nak kalah dengan you!
Buttercup^^: Ha Ha Ha… Niceee~ Miss Universe. Sure pretty giler ni! 
Sweetie_Cuppies: Nope! You salah. Sebab tak pretty lah yang I berangan nak jadi Miss Universe ni. Tricky nickname, you should know that!
Buttercup^^: Ha Ha Ha
Buttercup^^: Okay, we will see how. Nak tengok jugak ‘pretty’ mana Miss Universe yang I baru nak kenal ni… 
Sweetie_Cuppies: Yup, yup. We will see… He He…
Sweetie_Cuppies: So, boleh I tanya sesuatu?
Buttercup^^: Erm, you nak tanya apa? Boleh aje… Anything for you, Miss Universe.
Sweetie_Cuppies: Hah… Okey, jangan nak sweet talker sangat yer.
Buttercup^^: Typing…
Sweetie_Cuppies: By the way……
Buttercup^^: Typing…
-
-
Sweetie_Cuppies: Eh! You ada apa-apa nak tanya?
Buttercup^^: Erm, nope. You tanya dulu. Sorry! :)
Sweetie_Cuppies: :)
Sweetie_Cuppies: So, mana you dapat my ID ni eh? Pelik sebab I jarang add stranger.
-
Buttercup^^: Entahlah you. I pun tak sure. I boring hari tu, then nampak ID you macam lazat sangat kan, sweetie_cuppies, kebetulan pula I tengah lapar time tu, so I just gave you random ‘Hi’ ajelah… Kenapa you tanya?
Sweetie_Cuppies: Typing…
Sweetie_Cuppies: Tak tahu, I rasa nak tanya aje. Sebab I memang tak pernah perasan ID you dalam my friend list ni :)
Sweetie_Cuppies: But, serius eh you tak kenal I and I tak kenal you? No, what I mean is… This is our first time conversation?
Buttercup^^: Erm, nope!
Buttercup^^: Typing…
Sweetie_Cuppies: Nope? What do you mean by nope? Kita pernah bersembang sebelum ni?
Buttercup^^: No, what I am trying to tell you is… This is our second time conversation, our first time kan I dah bagitahu you earlier… Yang you tak layan I hari tu… :)
Sweetie_Cuppies: Oh. Ha Ha!
Buttercup^^: Don’t worry. We are complete strangers.
Sweetie_Cuppies: Ya, hope so :)
Buttercup^^: Putting so much hope, I guess. Why?
Sweetie_Cuppies: Erm, nothing.
Buttercup^^: Sure?
Sweetie_Cuppies: Very sure!
Buttercup^^: So Miss Universe… How should we start this?
Sweetie_Cuppies: Hmmmm……

Dan malam itu berlabuh dengan gelak tawa. Sepanjang waktu itu, senyuman Elianna tidak pernah lekang dari wajahnya. Akhirnya gadis itu mampu lagi untuk tersenyum dan bergembira. Pertemuan online yang terjadi secara tidak langsung itu membuatkan hati Elianna sedikit ceria. Mungkin ALLAH itu sudah ada rancanganNYA yang tersendiri. DIA sengaja mahu menemukan Elianna dengan a complete stranger. A stranger yang boleh membuatkan Elianna kembali tersenyum. Walaupun senyuman itu hanya bertahan untuk seketika…


BERSAMBUNG :)

<3 Always,
Ara :D

Monday, April 1, 2013

MEANT TO BE - Bab 4

Suraya_Ahmad has signed in.

Suraya_Ahmad: Hello there! :)
-
-
-

Suraya_Ahmad: Okay. Why do I get the feeling I’m being ignored? :(
-

Suraya_Ahmad: Look beb. I’m sorry okay? Please :(

Suraya_Ahmad: Helloooooooooo!!~
-

Suraya_Ahmad: Eli, please. I know you’re there. I can see that you’ve logged online.

Suraya_Ahmad: Hey Eli.

Suraya_Ahmad: Heyyyy!!

Suraya_Ahmad: OK! I’m going to stalk you until you reply.

Suraya_Ahmad: Hello. Hello. Yuuhuuu.

Suraya_Ahmad: Elianna Muzafar yang comel dan manis, yang cantik dan jelita. Wee-
huuu~

Sweetie_Cuppies: Typing…
-
Typing…
-

Suraya_Ahmad: Yes Eli, talk to me :D

Sweetie_Cuppies: Sorry. I was too tired to speak to anyone.

Suraya_Ahmad: Oh come on. This is not my Eli. Mana hilangnya Eli I yang hingaq tuuu!! I
miss her. Ohhh, please come backkk! Eliii, where are you!!~

Sweetie_Cuppies: Tak payah nak propa sangatlah!

Suraya_Ahmad: Propa pun propa lah, janji kau reply mesej aku. Hieee…~

Sweetie_Cuppies: Talk to the hand. Eh, kau takde kerja ke?

Suraya_Ahmad: Ada. Tapi kejap lagilah buat. Err… Kau dah maafkan aku ke?

Suraya_Ahmad: Typing…
-

Sweetie_Cuppies: Typing…

Suraya_Ahmad: So, how is Jakarta? Everything okay?

Sweetie_Cuppies: Everythings fine here. Kenny banyak tolong aku kat sini. Buat masa
ni dia yang duk teman aku ke sana sini.

Sweetie_Cuppies: Lagipun aku belum biasa lagilah dekat sini. Kau pula macam mana?
Budak-budak kita macam mana. Semua okey?

Suraya_Ahmad: Baguslah macam tu. Nasib baik ada si Kenny. Hmm… Budak-budak
macam biasalah. Alahhh… Kau pergi tak sampai seminggu lagi kot!
Belum sempat nak rindu lagi.

Sweetie_Cuppies: Sengal seyh perli aku! Dush! Dush!

Suraya_Ahmad: Terasa ke? Opss!

Sweetie_Cuppies: Ha Ha Ha! Siap kau nanti yer.

Suraya_Ahmad: Alaaa… Tak takut pun!
-

Suraya_Ahmad: But, seriously aku ni yang rindu dekat kau. Boring tau tak bila kau
tak ada. Bila nak balik sini? Tak payahlah lama-lama kat situ.

Sweetie_Cuppies: Alah nanti aku balik lah. Aku---

Salmah_Rashid has signed in.

Salmah_Rashid: Assalamualaikum Eli :)
Typing…

-

Sweetie_Cuppies: Eh Sue, ibu aku online lah. Aku nak sembang dengan dia jap.

Suraya_Ahmad: Oh okeylah. Aku pun nak start buat kerja dah ni. Nanti kita sambung
lagi. Kau jaga diri ok? Balik cepat!

Sweetie_Cuppies: Ye. Ye. Kau pun jaga diri baik-baik. Jangan rindu aku sangat! Bye!

Suraya_Ahmad: Ha Ha Ha. Takde maknanye nak rindu kau lebih-lebih. Okeylah. Bye!


Suraya^Ahmad has signed out.


Sweetie_Cuppies: Ibu!!

Sweetie_Cuppies: Eli baru teringatkan Ibu. Tak sangka pula dapat online dengan ibu
malam ni :)

Salmah^Rashid: He He. Ibu pun teringatkan Eli. Kebetulan nampak Eli online. Ibu ada
call Eli tadi. Tapi tak berangkat. Eli sihat?

Sweetie_Cuppies: Eli sihat, Alhamdulillah. Ibu sihat? Abah macam mana?

Salmah^Rashid: Ibu sihat. Abah pun sihat. Cuma biasalah. Dah tua-tua ni, penyakit pun
banyak hinggap.

Sweetie_Cuppies: Oh, Eli harap tak ada apa-apa yang seriuslah. Kalau teruk sangat ibu
bawa abah pergi klinik tau. Jangan biar melarat lama-lama 

Salmah^Rashid: :)

Salmah^Rashid: Typing…
-
-


Buttercup^^ has signed in.



Buttercup^^ has signed out.

-

Buttercup^^ has signed in.


Buttercup^^: Hi there Sweetie_Cuppies! :)

Sweetie_Cuppies: Typing…
-

Salmah^Rashid: Eli… Ibu nak tanya sesuatu ni.

Sweetie_Cuppies: Tanya apa ibu?

Sweetie_Cuppies: Eh kejap ya Ibu?
-

Sweetie_Cuppies: Yes, who’s there?

Sweetie_Cuppies: Sweet_Cuppies: Typing…
-

Buttercup^^:Buttercup^^! :D

Sweetie_Cuppies: Buttercup^^ who?

Buttercup^^: Your new friend :D

Sweetie_Cuppies: Err…

Buttercup^^: Boleh jadi kawan?

Sweetie_Cuppies: Typing…
-

Salmah^Rashid: Eli… You there?
-

Buttercup^^: Boleh jadi kawan?

Sweetie_Cuppies: Mind waiting?

Buttercup^^: Oh sure. Take your time :)
-
-

Sweetie_Cuppies: Okey Ibu.

Sweetie_Cuppies: Ibu nak tanya apa tadi?

Salmah^Rashid: Mana pergi? Lama ibu tunggu.

Sweetie_Cuppies: Sorry Ibu. Ada kawan skype tadi. Ok. Ok. Continue. Anything?

Salmah^Rashid: Oh.
Typing…

Salmah^Rashid: Erm. Ada Hanif call Eli?
-

Sweetie_Cuppies: Hanif??

Salmah^Rashid: Yes, Hanif. Dia ada contact Eli lagi ke?

Sweetie_Cuppies: Typing…
-

Sweetie_Cuppies: Err... Dia-


Hanif_143 has signed in.

Hanif_143: Eli?

Hanif_143: Elianna, you there?


Sweetie_Cuppies has signed out.


Salmah^Rashid: Eli?



++++++++++++++



“Udah nyampai mbak kantornya”

“Oh. Di sini ya? Berapa upahnya?” Soal Elianna pada pemandu teksi itu. Dikerling jam di tangan. Err. Awal lagi kot. Fikirnya. Dia masih keliru dengan waktu di sini. Waktu di Malaysia dan Indonesia bezanya dalam satu jam. Waktu di Indonesia awal sedikit dari Malaysia.

“Lima puluh ribu rupiah”

“Lima puluh ribu rupiah?”

“Iya”

“Erm, bentar ya” Terkial-kial Elianna menyeluk beg tangannya dan dengan cermat dia mengeluarkan beberapa keping not kertas berjumlah sepuluh ribu setiap satu. Dalam sibuk mengira, sempat juga dia terkira-kira tambangnya dalam ringgit Malaysia. Ermm… Lima puluh ribu rupiah lebih kurang lima belas ke enam belas ringgit duit Malaysia. Okey kot! Bisik hati kecilnya. Dia tidak mahu tertipu. Masih terngiang-ngiang lagi pesan Kenny padanya supaya berhati-hati dengan pemandu teksi. Ada di antara mereka yang sesuka hati mengenakan caj yang berlebihan kepada penumpangnya. Terutama sekali penumpang yang datang dari Negara luar.

“Okey mas, ini uangnya. Makasih ya”

“Iya udah. Sama-sama”

Elianna segera keluar dari perut kereta. Belum pun teksi itu hilang dari pandangannya, dia sudah dihon beberapa kali. Ish, uncle ni pun. Boleh pula dia berhentikan aku kat tengah-tengah jalan macam ni. Ni kalau kena langgar ni memang sia-sia aje! Rungut Elianna. Dia berjalan perlahan menuju ke bahu jalan. Ikatan sanggulnya yang hampir terburai dek tiupan angin dia sisir rapi. Kepalanya mendongak memandang ke arah bangunan yang tersergam di depan mata. Erm. Classic but elegant. Desis hatinya.

Bila terpandangkan bangunan pejabat setinggi dua belas tingkat itu hatinya berderau secara tiba-tiba. Elianna gementar. Hari ni buat pertama kali dia akan menjejakan kakinya ke bangunan itu dan buat pertama kali jugalah dia akan memulakan kerjanya di situ. Di tempat yang jauh dan asing baginya. Elianna melepaskan sebuah keluhan berat. Stay strong, Elianna. One step ahead. You can do this.

Ting!

Sebaik saja pintu lif terbuka, Elianna terus melangkah masuk. Hatinya jadi semakin berdebar-debar. Relaks Elianna, relaks. Kau bukan nak pergi berperang pun…~

Wait! Wait!

Pintu lif hampir tertutup bila Elianna terdengar suara lelaki dari arah luar. Pantas dia menekan butang untuk menahan pintu itu dari terus tertutup.

“Oh, thank you!” Ucap lelaki itu.

Gulp! Elianna telan air liur.

Lelaki yang baru saja melangkah masuk ke dalam lif itu tersengih memandang Elianna yang sedang mencuka.“Wowww. Jodoh!” Tingkah lelaki itu.

Elianna pamer riak bosan bila terpandangkan Ashfar. Dia menghela nafas berat. “My unlucky day!” Bisiknya perlahan. Namun masih jelas kedengaran di pendengaran lelaki itu.

“Yeah, before you see me I guess. Now you happy kan dapat jumpa I?” Tanya Ashfar sambil menjungkitkan keningnya berulang kali.

“Euww! Vomit blood!”

“Ha Ha Ha. Come on Elianna. Tell me ---

“Jangan bisinglah! Nak naik tingkat berapa ni?” Potong Elianna malas nak melayan kerenah Ashfar. Entah kenapa dia tak boleh langsung berdepan dengan lelaki itu. Meluat, menyampah semua dalam satu.

“Ish. Garang betul” Ngomel Ashfar sambil menjauhkan sedikit tubuhnya dari gadis itu. Bukan apa, dia bimbang nanti tak pasal-pasal terkena backhand. “Err… Tingkat… Eh, you nak naik tingkat sebelas eh?” Soalnya bila ternampak butang sebelas yang sudah pun berwarna merah.

“Yes” Jawab Elianna ringkas.

“Oh. I’ll follow you then”

“What!?” Bulat mata Elianna mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Ashfar.

“Ler, what I mean is… I pun nak naik tingkat sebelas. Bukan on purpose nak follow you yer. Tolong jangan pera… Erm, takda apa-apa” Balas Ashfar tidak mahu menghabiskan ayatnya.

Elianna juih bibir. Eii… Tak sukanya!!

“Senyum sikit Elianna… Pagi-pagi ni tak elok masam-masam macam tu. Smile please…” Sempat Ashfar mengingatkan gadis itu.

Ting!

Pintu lif terbuka menandakan mereka sudah tiba di tingkat yang ingin dituju.

Elianna memandang sekilas ke arah Ashfar yang pada waktu itu sudah bersedia untuk melangkah.

“You know what Mr.? Mind your business!” Ucapnya tajam sambil berlalu keras.

“Woahhh! Pedas. Pedas! Berasap… Well, we will see Elianna…~ We will see. Happy working, pretty!” Laung Ashfar dari dalam lif. Terbantut terus langkah kakinya. Tak pernah dia berdepan dengan gadis yang berperangai seperti Elianna. Perangainya, ayatnya memang nampak kasar, tapi kasar dia macam kasar dalam lembut. Err… Lembut dalam kasar? Lembut? Kasar? Ah, whatever!

Urghh, stress!! Tolonglah jangan terserempak lagi dengan lelaki sengal tuuu!!



++++++++++++



“TAPI… Ibu dah janji kan ibu nak tolong Eli pujuk abah?”

“Ye sayang. Ibu tahu. Ibu dah puas pujuk abah kamu tu. Kamu tahu ajelah perangai abah kamu tu macam mana. Degil. Dia nak juga teruskan majlis tu. Ibu—

“Eli tak nak kahwin dengan lelaki yang Eli tak kenal Ibu… Tolonglah faham. Kalau Eli kenal dengan lelaki tu pun, bukan sekarang masanya untuk Eli kahwin. Ibu tahu kan, Eli masih kecewa dengan Hanif—

“Ha, kalau macam tu Eli call Hanif. Pujuk dia untuk kahwin dengan Eli”

Elianna terdiam. Mudah saja Ibunya mencadangkan hal itu. Pujuk dia? Pujuk lelaki yang sudah tolak dia mentah-mentah tanpa alasan yang kukuh.

“Ibu… Dia dah tak nak dengan Eli. Ibu dah lupa ke dengan apa yang dia buat dekat Eli. He rejected me…” Elianna mula sebak. Air mata yang dia tahan bila-bila masa lagi boleh jatuh.

“Hmm… atau Eli nak ibu yang pujuk dia suruh kahwin dengan Eli?”

“Ibu… Apa ni ibu… Apa yang ibu fikir ni. Eli tak nak... Eli tak nak ibu atau abah call Hanif. Eli tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan dia. Tolonglah Ibu. Eli merayu. Cukuplah dengan apa yang dia dah buat dekat Eli…”

“Tapi ibu tak nak Eli terus menderita, berkahwin dengan lelaki yang Eli tak kenal. Walaupun Hanif tu buat Eli macam ni, tapi atleast Eli kenal dia and he knows you well. Ibu—

“But, you guys just make thing even worst… Don’t you ever think about my feeling? Ibu sedar tak kenapa anak ibu ni ada dekat sini, jauh dari keluarga? Jauh dari kawan? Jauh dari dunia dan kehidupan dia yang biasa, yang normal? Ibu… Eli ingat ibu kenal Eli, ibu faham Eli. Tapi…” Eli tak mampu untuk meneruskan ayatnya. Air jernih yang ditahannya sudah mula gugur.

“Eli…” Nada suara Puan Salmah sudah mula berubah bila mendengar esak tangis anaknya. Hatinya luluh. Dia tersepit di antara kemahuan anak dan keinginan suami.

“I just need my own space……” Suara Elianna kedengaran sayu di hujung talian.

“Hmm… Eli, ibu minta maaf. Ibu—

“I need to go now. Ibu jaga diri. Assalamualaikum” Ucap Elianna mengakhiri perbualan. Tangisannya masih kedengaran di hujung talian.

“Eli…” Panggilan Puan Salmah disambut dengan bunyi telefon yang dimatikan. “Hmm… Maafkan Ibu, Eli… Maafkan Ibu”

“Ya Allah… Kuatkanlah hati ku Ya Allah…” Rintih Elianna dengan esak tangis yang masih bersisa. Dia tersandar lemah ke dinding. Dengan perlahan-lahan dia terduduk sambil memeluk lutut. Wajahnya ditundukkan. “Kau kejam, Hanif. Kejam!” Marahnya antara dengar tak dengar. Tangisan Elianna berlagu sedih. Dia tidak hiraukan keadaan sekeliling. Dia juga lupa yang dia masih lagi di pejabat walaupun waktu itu sudah pun lepas dari waktu bekerja, yang dia tahu, hatinya sakit. Jiwanya menderita dan yang dia tahu dia mahu mati!

“Tisu…”

Suara yang kedengaran secara tiba-tiba membuatkan Elianna tersentak. Dia kembali ke alam realiti. Elianna mendongakan sedikit wajahnya. Penglihatannya jadi kurang jelas disebabkan oleh tangisannya sebentar tadi. Kelibat seseorang yang sedang membongkok di depannya nampak kabur. Matanya digosok berulang kali.

“Nah tisu. Ambillah…” Suara itu kedengaran lagi.

“Ash… Ashfar? You?” Suara Elianna tersekat-sekat. Wajahnya mula berubah. Perasaan malu serta merta datang menerpa. Dia memalingkan wajahnya dari pandangan lelaki itu.

“Hey, it’s okay. I tak dengar apa-apa. Ambilah tisu ni. Lap air mata tu…” Ashfar bersuara tenang dan lembut.

Elianna diam membatukan diri. Air mata yang masih belum surut dia seka dengan jemarinya.

Ashfar duduk bertinggung di depan Elianna. Dengan perlahan dia capai tangan gadis itu, membuka jemarinya dengan lembut dan kemudian meletakan tisu yang dihulurkannya sebentar tadi. Bila sudah puas dengan letak duduknya tisu itu, dia menutup kembali gengaman tangan gadis itu.

“Take your time. I won’t tell anybody” Bisik Ashfar perlahan sambil mengusap mesra anak rambut Elianna. “Calm down…” Pujuknya lagi.

Elianna hanya membiarkan lelaki tu melayannya begitu. Dia masih lagi memandang ke luar tingkap. Dia belum kuat untuk bertentang mata dengan lelaki itu. Dia malu. Air matanya masih lagi mengalir seakan tiada penghujung.

“Eli… It’s okay. Everybody has their own broken heart’s story. You can cry as much as you want. You can take all the time you need to heal emotionally. I know, everybody knows that moving on doesn’t take a day. It will take a lot of little steps before you be able to break free of your broken self… What I want you to do is, be strong and stay strong. This is not the end of the world…” Kata-kata Ashfar menusuk terus ke hati Elianna. Airmata yang tadinya hampir berhenti kini kembali deras mengalir.

Ashfar membiarkan gadis itu menangis menghamburkan segala kekusutan yang ada di dalam dirinya. Suasana menjadi hening seketika, yang kedengaran waktu itu hanyalah esak tangis Elianna. Lelaki itu juga turut bersimpati dengan apa yang sedang dihadapi oleh gadis itu. Kebetulan dia tergerak untuk pulang lewat hari ini, sewaktu ingin mengambil air di pantri sebentar tadi, dia terdengar perbualan di antara Elianna dengan seseorang. Telinganya dapat menangkap jelas butir perbualan di antara mereka. Pada mulanya ingin saja dia buat tak tahu dan berlalu namun tangisan Elianna membuatkan langkahnya mati dan akhirnya dia terikat di situ.

Selepas seketika mereka berkeadaan begitu. Elianna secara tiba-tiba mengangkat muka dan membetulkan duduknya. Air matanya diseka dengan belakang tangan. Perlahan-lahan dia memberanikan dirinya untuk menatap wajah Ashfar. Wajah lelaki yang selalu membuatkan hatinya meluat dan menyampah. Mata mereka bertaut. Lama sebelum Elianna sendiri yang meleraikannya. Gadis itu melepaskan keluhan berat dan kemudiannya bangun dari tempat duduknya. Belakang badan ditepuk-tepuk untuk membuang habuk atau kotoran yang melekat dipakaiannya.

Ashfar sedikit hairan. Dia turut bangun sambil memerhatikan gerak geri gadis itu. “You dah okay? I mean, sedikit release, atleast?” Soalnya dengan raut wajah prihatin.

“I’m okay. Sorry and thank you” Ucap Elianna sambil berlalu.

Ashfar terpingga-pingga.

“Just like that? Eli? You sure you okay? Hey!” Panggilnya. Takkan semudah itu Elianna dah okay. Atau dia sengaja? Pura-pura okay? Hatinya berteka-teki sendiri.

“Elianna… Wait!” Panggil Ashfar lagi bila panggilan pertamanya tidak disambut. Dia berkira-kira untuk mengejar gadis itu.

“Don’t!”

“Huh? What do you mean by don’t?” Ashfar jadi makin pelik dengan sikap Elianna yang berubah-rubah.

“Don’t come here. Don’t follow me. Don’t get involved with me. Bye!”

“Hah? What the…… Elianna! Hey, Eli! Gosh!! What is wrong with you!??” Bentak Ashfar sendiri.

Elianna tidak mempedulikan lelaki itu. Langkah kakinya dipercepatkan. Dia tidak mahu berada lama di situ. Berdua-duaan dengan lelaki itu, dia tak mahu dan tak suka! This guy shouldn’t appear in her life’s story. Should not!

Ashfar menumbuk dinding dengan tangannya. Marahnya pada gadis itu dilepaskan ke dinding itu. Entah kenapa dia perlu jadi begitu. Dia bengang dan kurang senang melihat perangai Elianna. Hati gadis itu kosong! Perasaannya seakan mati dan tidak bernyawa.


BERSAMBUNG... :D

<3 Always,
Ara :)

Wednesday, March 27, 2013

MEANT TO BE - BAB 3

Bab 3

Suraya_Ahmad: Beb! He called me.
Sweetie_Cuppies: Who called you?
Suraya_Ahmad: Eh, wait! Kenapa kau tak online skype office? Kau tak start keje lagi eh?
Sweetie_Cuppies: Malas and yes, still in holiday mood. So, what is up? Who called you?
-
-
Sweetie_Cuppies: Hellooo. Oi minah! Senyap pula dia… Siapa call kau?
Suraya_Ahmad: Erm. Okey, firstly sorry……
Sweetie_Cuppies: Ni sorry sebab apa pula ni?
Suraya_Ahmad: Typing…
Typing…
-
-
Sweetie_Cuppies: Sue, aku boleh pergi tapau lunch dulu sementara nak tunggu kau type
ni tahu tak?
Suraya_Ahmad: He. Err, I mean. Hanif.
-
-
Sweetie_Cuppies: Hanif?
Typing…
-
Typing…
-
Suraya_Ahmad: Eli, kau okey ke? Aku sorry lah. Aku tak nak beritahu kau sebenarnya.
Tapi… Aduh. Terlepas cakap ! :(
Sweetie_Cuppies: Typing…
-
Typing…
-


Sweetie_Cuppies has signed out


Suraya_Ahmad: Aisey. Eli!
Suraya_Ahmad: Elianna……~




++++++++++++++



“Abah tak sangka Eli sanggup buat abah macam ni. Eli tahu tak majlis tu tinggal tiga bulan aje lagi? Semua persiapan dah dibuat… Kenapa last minute baru beritahu nak cancel? Macam mana abah dan ibu nak berdepan dengan semua jemputan nanti? Apa yang kami nak beritahu pada mereka?? Eli buat salah apa sebenarnya sampai Hanif tinggalkan Eli??”

“Abah… Eli tak buat apa-apa pun. Hanif sendiri yang tak mahu teruskan hubungan ni… Dia yang…-

Ayat Elianna terhenti di situ. Dia tidak sanggup untuk meneruskan ayatnya. Esak tangisnya semakin jelas kedengaran. Ya Allah… Susahnya ingin menerangkan keadaan sebenar kepada ayahnya. Apa yang telah diberitahu semuanya berpatah balik kepadanya. Seolah-olah dialah penyebab kepada semua perkara yang terjadi.

“Abang… Cuba dengar dulu apa yang Eli nak beritahu tu. Eli tu kan anak kita, abang kena percayakan dia lebih dari lelaki tu. Hanif tu belum lagi sah jadi keluarga kita. Abang tak boleh layan Eli macam ni…” Tambah Puan Salmah cuba untuk menenangkan keadaan yang sedang tegang.

“Sebab dia anak kita lah yang buatkan abang percayakan Hanif lebih daripada dia. Abang kenal sangat perangai Eli. Entah apa yang dibuatnya sehingga orang tu tiba-tiba nak putuskan pertunangan. Awak bukan tak tahu anak awak tu, perangai dia macam mana, sosial tak tentu arah, berfoya-foya sana sini. Abang yakin, ni semua memang di sebabkan oleh Eli!”

“Ya Allah Abang…. Apalah yang abang cakap ni. Eli kan dah berubah… Eli…-

“Sudahlah! Abang dah tak nak dengar apa-apa lagi!” Tingkah Encik Muzafar kuat sekaligus mematikan kata-kata Puan Salmah. Anak mata lelaki itu tajam merenung ke arah anaknya. “Eli, Eli dengar sini ya. Abah tak kira apa pun yang jadi, majlis Eli tetap akan diteruskan. Walaupun tanpa Hanif!”

“Abah” Terpanar seketika Elianna dengan apa yang didengarinya. “Apa maksud abah? Majlis tetap akan berlangsung tanpa Hanif?”

“Abang, apa yang abang nak buat ni? Dengan siapa Eli nak berkahwin kalau bukan dengan Hanif?” Sambung Puan Salmah menambahkan lagi kegusaran di hati anak gadisnya.

“Abang tahu apa yang abang buat. Abang akan cari pengganti Hanif. Abang lebih rela anak kita dikahwinkan dengan lelaki yang kita tidak kenal daripada terpaksa menanggung malu. Abang tak sanggup nak dengar orang mengata dan mencemuh kita…-

“Abah… Abah jangan buat Eli macam ni. Tolonglah Abah… Eli tak nak kahwin dengan orang lain selain Hanif…” Rayu Elianna. Kedua-dua belah kaki ayahnya dipeluk kejap. “Tolonglah Abah… Eli minta maaf sangat-sangat. Eli…-

“Keputusan abah muktamad!” Putus ayahnya sambil berlalu. Elianna dan Ibunya terdiam kaku. Jika begitu akhirnya, memang tidak akan ada ruang untuk Elianna mempertahankan dirinya. Hatta ibunya sendiri juga tidak mampu untuk berbuat apa.

“Ibu… Tolonglah Eli, Ibu…”


Ding Dong!

Bunyi loceng yang bertalu-talu dari pintu luar mematikan lamunan Elianna.

“Hello!! Elianna!! Hello!!”

Kedengaran suara seorang lelaki nyaring memanggilnya. Air jernih yang masih mengalir dia seka dengan jemarinya. Selepas waktu ini, dia tidak pasti bila lagi airmatanya itu akan tumpah. Elianna hanya membiarkan sahaja keadaannya terus hanyut begitu. Seluruh badannya terasa letih, lesu dan tidak bermaya. Dalam keadaan begini dia sendiri tidak mampu untuk mengawal perasaan dan emosinya. Apa yang dia mampu buat hanyalah berdoa agar Allah s.w.t itu memberikannya kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.

“Elianna!! Elii!! Hello!! Anybody home!??”

“Yes, yes. Five minutes!” Laung Elianna dari dalam. Dia kenal sangat dengan suara itu. Siapa lagi kalau bukan suara Kenny. Petang tadi lelaki itu ada menghantar mesej mengajaknya untuk keluar makan bersama malam ni. Katanya ada tempat istimewa yang mahu dikenalkan kepada gadis itu. Elianna yang sememangnya bosan tanpa fikir panjang terus saja setuju dengan pelawaan Kenny. Bagus juga kalau dia keluar, tak adalah seharian duk terperuk di dalam bilik itu saje.

Elianna membetulkan rambut dan letak baju di tubuhnya. Dress labuh berwarna peach yang disarungnya ke tubuh sangat kena dengan tone kulitnya. Dia capai pula lip balm kegemarannya dan dicalit sedikit mengenai bibirnya yang nipis. Walaupun dalam keadaan begitu, Elianna masih kelihatan cantik bergaya. Ditambah pula dengan raut wajah yang lembut dan tenang, pasti nanti ada hati yang jatuh tatkala melihatnya.



++++++++++



“Wow, you look stunning!”

Elianna yang agak terkejut disapa dari arah belakang pantas menoleh.

“You!? What are you doing here?”

“Yes. I am.” Sahut Ashfar dengan senyuman di bibir.

Raut wajah Elianna berubah serta merta. “Hey Kenny, what is he doing here? Spoiled la!” Tanya gadis itu dengan suara yang kasar.

Kenny yang baru saja berjalan merapati mereka hanya tersengih. Dengan kedua tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar, nampak bersahaja saja lagaknya.

“What, what?” Soalnya.

“Ha’ah Eli, kenapanya? I tak boleh ikut you all pergi dinner ke?” Tambah Ashfar. Sengaja mahu menjolok sarang tebuan.

“Hurmm. Malaslah nak join!” Putus Elianna lantas berpaling mahu kembali ke biliknya.

“Eh.Eh… Eli” Kenny dengan pantas menarik lengan gadis itu.

Langkah Elianna terhenti.

“Don’t be childish. Dah pakai cantik-cantik macam ni takkanlah tak jadi nak ikut. Come on. Ashfar ni okeylah. Dia tak makan orang. Kan Ash?” Pujuk Kenny. Pinggang Ashfar disikunya.

Ashfar menguntum senyum. Dengan perlahan dia berjalan merapati Elianna.

“Eli, don’t worry. I’ll behave” Janji Ashfar. Dua jarinya diangkat seakan berikrar.

Elianna senyap tanpa reaksi.

“Hmm, well. If you tak izinkan juga I ikut. I…

“Hish. Just get in to the car!” Putus Elianna. Dia berjalan ke arah kereta dengan langkah keras. Kedua-dua lelaki itu hanya mampu tersengih. Geli hati bila melihat gelagat Elianna. Entah apa yang gadis itu tidak puas hati, selalu sangat nak marah-marah!

“Cepatlah! Unlock alarm!”

“Ye, yeee. Haishh… Bukan main garang lagi cik adik manis sorang ni” Omel Kenny. Pantas tangannya menekan butang alarm. “Ha, dah. Masuklah…”

Eli melangkah cepat masuk ke dalam perut kereta. Kenny dan Ashfar mengikut.

“Eli…” Panggil Ashfar lembut.

Elianna masih seperti tadi. Diam. Membatukan diri.

“Eli…” Panggil Ashfar lagi. Lebih lembut daripada tadi.

“Ermm” Nak tak nak saja Elianna menyahut panggilan Ashfar. Wajah lelaki itu juga tidak dipandangnya.

“Terima kasih…” Lirih suaranya mengucapkan perkataan itu.

“Ermm!” Sepatah Elianna menjawab.

“… Dengar ‘ermm’ jugak pun dah boleh buat hati I tenang…” Tambah Ashfar lagi cuba bermulut manis.

Elianna cebik bibir. “Crazy!” Bentaknya.

“Dah? Dah habis sesi pujuk memujuk?” Perli Kenny.

“Dah.dah...” Ashfar sengih tayang gigi.

“CEPATLAHHH!!” Pekik Elianna kemudiannya. Mukanya masam mencuka. Tersentak kedua-dua lelaki itu bila mendengar pekikan Elianna.

“Okey. Okey. Kita gerak sekarang!” Dengan pantas Kenny menghidupkan enjin kereta dan beberapa saat kemudian kenderaan itu dipandu laju menuju ke destinasi yang ingin dituju.


++++++++


RESTORAN KITCHENETTE, Jakarta Pusat

“Cantik sangat tempat ni, Kenny. I suka!” Teruja Elianna memerhatikan keadaan sekeliling.

“See, I told you. I tahu you suka makan makanan perancis sebab tu I bawa you datang sini. Eh, tapi Eli…, dekat sini menunya takdelah full set package perancis. Mix dengan western food lain juga. But, I can guarantee, you mesti puas hati. Nanti you try crepes dia. Marvellous!” Terang Kenny bersungguh-sungguh meyakinkan gadis itu.

“Ye ke? Ni yang buat I tak sabar ni! and you? You still ingat my favorite food. Bagusnya! Thanks Kenny” Ucap Elianna dengan senyuman yang semakin melebar.

“Of course-lah I ingat. You dah lupa, disebabkan you and Hanif lah I tahu makan makanan Perancis ni. Eh, cakap pasal Hanif. How is he? Bila you all nak kahwin?” Tudia, tak ada mukadimah ayat terus saja soalan itu yang diajukan oleh Kenny.

Elianna tergamam.

“Err… He’s okey.” Tuturnya ringkas dan perlahan.

“Good! So bila…-

“Eh Kenny, I nak pergi ladies dulu” Potong Elianna lantas bangun dari kerusinya. Dia tidak mahu Kenny meneruskan lagi soalannya itu. Tak sanggup nak dengar dan jawab!

“Oh. Okey. Go ahead. Si Ashfar ni pun entah ke mana. Dari tadi ke washroom terus tak nampak bayang. Sesat ke apa dia tu” Duga Kenny dengan matanya melilau memerhatikan sekeliling.

Elianna senyum tipis. Ada atau tidak lelaki itu tidak langsung memberikan kesan padanya. Takde lagi bagus!


“Aduh… Macam mana pula lah nak pusing paip ni. Ni sinki ke atau… Ish, pelik benar design nya.” Ngomel Elianna sendiri. Terkebil-kebil dia cuba untuk membuka pili air di sinki itu. Puas dipusing, ditekan, ditarik. Semua kebarangkalian sudah dicuba. Tapi gagal! “Haish, siapalah yang buat sinki ni, tak friendly user betul!” Rungutnya.

“… You just need to push the button a little bit hard, Eli”

“Oh my God! Terkejut!” Elianna mengurut dadanya. Sumpah dia terkejut! Kurang asam betul, siapalah yang suka sangat nak menyergah dia di saat-saat begini.

“Macam ni…” Ashfar meletakkan tangannya di atas pili air dan kemudian menekannya. “Ha kan dah keluar air tu” Usiknya sambil tersengih menampakkan barisan giginya yang menawan.

Bulat mata Elianna memandang ke arah lelaki itu.

“Kenapa? Terkejut?” Soal Ashfar. Sempat dia mengenyitkan mata kanannya ke arah Elianna.

“Eii, kat mana aje ada I, you mesti ada kan! You ikut I eh?”

“Excuse me??” Sebelah kening Ashfar dijungkit tinggi.

“Hisshhh… Annoying giler you ni kan! Move!” Elianna tolak tubuh Ashfar. Tolakannya agak kuat sehingga membuatkan lelaki itu terdorong ke belakang.

“Aduh!” Ashfar mengaduh. Boleh tahan minah ni. Nampak aje kecik macam tu, tapi kuat juga dia tolak aku. “Err… Elianna”
Elianna tidak mempedulikan panggilan Ashfar.

“Elianna!”

Langkah kaki Elianna terhenti. Dia menoleh sekilas pada lelaki itu dengan pandangan yang tajam.“Apa lagi!?” Soalnya kasar.

“You nak pergi mana?” Tanya Ashfar. Dahinya sedikit berkerut.

“Pergi toilet. Nak ikut?”

“Err.. I tahu lah you nak pergi toilet. Tapi… tapi Eli, itu toilet lelaki. Toilet perempuan sebelah sini” Tersekat-sekat Ashfar mengutarakan ayatnya. Tangannya dihalakan ke arah sign board besar yang tertulis perkataan “Ladies”.

Elianna kaku. Dia mendongakan sedikit kepalanya. Adrenalin darah terasa laju naik ke muka. Urgh! Macam mana boleh salah nieee!!

“I tahulah. You tak payah nak sibuk!” Tingkahnya bersahaja sambil berjalan pantas meninggalkan Ashfar yang sedang sedaya upaya cuba untuk menahan tawa.

“Elianna… Elianna… Pretty lady in her own way” Bisiknya sambil mengeleng-gelengkan kepala.

Monday, March 25, 2013

MEANT TO BE - BAB 1 & 2

Meant To Be - Telah Ditakdirkan Begitu (MTB) merupakan e-novel ke3 Ara, InshaAllah :)

Ianya akan terbahagi kepada 4 bahagian yang akan diasingkan urutannya mengikut tahun.
MTB ni bergenre serius sedikit as compared to A.D.A, hopefully penerimaan & sokongan pembaca akan tetap sama. Mudah-mudahan.

Oh ya, untuk siapa belum tahu, A.D.A (Aiseyman, Driver Aje) telah dibekukan untuk manuskrip penuh until further notice. So sesiapa yang rindukan Irham dan Pelangi, harap tetap sabar menanti. Doakan yang baik-baik, moga manuskrip A.D.A nanti dapat diterima publisher. Aminnn... :))

Okay guys, enjoy reading.

Bismillah :D


++++++++++++++++++++++++


BAB 1

1 April 2010
Kuala Lumpur International Airport


But why? You want to break with me just like that? You don’t even care about my feeling. You treated me macam I ni patung yang tak bernyawa. You lupa ke yang I ni juga manusia? Sama macam you?? Ada perasaan, hati semua. I am just like you, sayang… Just like you. No different. Please, don’t leave me. I merayu. Kan kita dah janji nak grow old together. Don’t you remember that? I love you, sayang… Please.

I’m sorry. I tak mampu nak bahagiakan you. I tahu I salah sebab buat you macam ni. Tapi I tak mampu nak teruskan hubungan ni. Ni semua untuk kebahagian you in future. Kita susah nak move on…

Kenapa susah? I tak faham.

Sebab kita jauh… You see, you dekat mana, I dekat mana. Please accept the facts that this relationship kills us!

Honey, please… Don’t tell me our distance relationships don’t work out, because I can see local relationships don’t work any better.

No. Bukan macam tu, you. It just…

It just what?

Hmm, I dah tak boleh dengan you. That’s it.

Tak boleh dengan I? That’s it? Apa maksud you tak boleh dengan I?? We’ve been together for almost ten years tau, sepuluh tahun bukan waktu yang singkat! We had planned everything and all the while, we’re fine. But why now? Kenapa bila kita dan decided nak end up everything, you came out dengan these nonsense decisions?? Kenapa sekarang baru nak timbul soal boleh tak boleh? Why? Apa yang I dah buat? Apa salah I?

No. There is nothing wrong with you. Okay, fine. I’m done. I wish you all the best. Please really take good care of yourself. Again, I am sorry. Bye!

Bye!? Sorry? Just like that?? You!??

. . . . . . -

You? You there? Please…

. . . . . . -

You!


“Eli…”

“Ibu!” Elianna dengan pantas menyeka airmatanya. Gosh! Kenapalah dia boleh terbaca balik semua sms yang dihantar oleh lelaki tak guna tu.

“Hey, Anak Ibu menangis ya?” Mata Ibu tidak pernah silap. Jemari si anak dengan pantas dicapai dan diusap lembut. “Eli… Are you okay?” Soal Puan Salmah prihatin dengan keadaan anak perempuannya.

Elianna hanya mengeleng sayu. Airmata yang sedaya upaya diseka kembali mengalir. “I’m okay. Err… Will be okay. Erm… Should be” Tuturnya tersekat-sekat.

“Hurmmm…. Anak ibu belum sembuh kan?” Duga Puan Salmah, tubuh Elianna diraih dalam pelukannya. “Be strong sayang… Ibu tahu anak ibu ni kuat semangat. Ibu tahu Eli akan cepat-cepat recover dan kembali menjadi Eli ibu yang dulu, yang ceria, yang selalu tersenyum, yang selalu buli ibu…”

Elianna tertawa kecil mendengar pujukan ibunya, pelukan mereka direnggangkan. “Inshaa’Allah Ibu… Eli akan cuba. Doakan Eli ya, Ibu.” Balasnya.

Puan Salmah mengesat perlahan airmata yang mencemari pipi anak gadisnya itu. Mata mereka bertentangan, seakan tahu apa yang tersirat di hati masing-masing, sebuah senyuman akhirnya terukir. “Eli yakin dengan keputusan Eli sekarang ni? This is what you want, right?” Soal Ibu lagi. Entah untuk kali ke berapa.

Elianna masih tidak lekang dengan senyumannya. Senyuman yang hambar tapi masih menawan seperti selalu. Jemari Puan Salmah dibawa ke bibirnya. Dengan mesra dia mengucup jemari-jemari itu. “Eli yakin Ibu. Eli perlu ke sana untuk tenangkan hati Eli. Eli perlu mencari balik diri Eli yang hilang, semangat Eli yang entah ke mana… You know me well kan Ibu? Ibu kenal anak ibu kan?” Bersungguh-sungguh Elianna mahu meyakinkan Ibunya. Dia tidak mahu Puan Salmah menukar fikiran di saat-saat akhir. Dia tahu hati Ibunya masih belum seratus peratus mahu melepaskan dia pergi.

Puan Salmah terdiam sebelum dengan mesranya mengusap ubun-ubun kepala anak gadisnya itu. “Eli cepat-cepat pergi dan cepat-cepat balik. Eli jangan tinggalkan ibu lama-lama di sini. Eli tahukan Ibu tak boleh kalau sehari tak cubit pipi anak ibu yang gebu ni…” Pesan Puan Salmah sambil berseloroh. Pipi Elianna dicubitnya berkali-kali. Mahu melepaskan rindu yang bakal menghantui dirinya.

“Aiya captain!” Jawab Elianna sambil cuba untuk mengembirakan hati ibunya. Mereka kemudiannya tertawa bersama. “I’ll miss you, Ibu…” Elianna memeluk ibunya erat. “Ibu… Nanti sampaikan salam Eli pada Abah. Beritahu Abah, Eli minta maaf sangat-sangat. Eli tak bermaksud pun nak tipu atau main-mainkan perasaan Abah. Eli sayang Abah… Eli tak mahu Abah benci Eli dan anggap Eli anak derhaka. Ibu tolong Eli ya, Bu…” Tutur kata Elianna benar-benar menyentuh naluri Puan Salmah sebagai seorang Ibu. Dia membalas pelukan anaknya lebih erat. Airmata yang ditahan kini mengalir laju. Hatinya sedih. Lebih-lebih lagi bila berbicara tentang perihal anak dan suaminya yang sedang dingin.

“Eli… Abah Eli tu tak pernah benci Eli. Dia pun sayangkan Eli. Selama ni mana pernah abah marah lama-lama dengan Eli kan? Esok lusa baiklah tu. Eli jangan fikirkan sangat soal Abah tu. Nanti pandai-pandailah Ibu pujuk ya…”

“… Tapi Eli tahu abah masih masih marahkan Eli. Abah tak datang pun hantar Eli. Hmm… Tak apalah Ibu, Eli faham”

Suasana hiba menyelebungi Elianna dan Puan Salmah. Kedua-duanya terdiam melayan kata hati sendiri.

“… Eli, pergilah Eli… Pergi cari semangat Eli yang dah hilang… Ibu harap Eli akan kembali sihat seperti dahulu. Doa ibu akan selalu mengiringi Eli… I love you and I want my girl back… Please come back as soon as you can…”

Sayu hati Elianna mendengar ayat yang keluar dari bibir ibunya itu. Pelukannya semakin dieratkan. Lama mereka berkeadaan begitu. Selepas ini mereka akan terpisah untuk suatu jangka masa yang agak lama. Jangka masa yang masih belum dapat dipastikan bila waktu dan ketikanya.

“I love you too, ibu…”



BAB 2

1 April 2010
Jakarta Soekarno-Hatta International Airport


Buk!

“Opss! Sorry Miss!!”

“Ishhh!! Tak nampak orang ke?” Tajam anak mata Elianna merenung ke arah seorang lelaki yang baru saja melanggarnya. Lelaki itu termengah-mengah. Kulitnya yang putih sudah kemerah-merahan akibat dipanah cahaya matahari. Entah local atau visitor sepertinya, dia sendiri tidak pasti.

“Sorry, sorry. Tak sengaja. You baik-baik aja kan?” Tutur lelaki itu lagi.

Hmm. Elianna sekadar diam memerhatikan sekeliling. Malas nak melayan soalan yang diajukan oleh lelaki itu.

“Miss… You okey kan? Sepertinya kamu tercari-cari sesuatu di sini. Bisa saya bantu?” Pelawa lelaki itu bermulut manis. Raut wajahnya kelihatan sedikit tenang daripada tadi.

Elianna sekadar mencebik bibir. Kejap I, kejap saya. Motif apa tiba-tiba usul bantuan selepas melanggarnya. Ishhh… Mesti dia ada niat tak baik ni. Fikirnya. “You ni pelik kan, dah langgar lepas tu nak buat baik…” Lancar saja mulutnya mengeluarkan statement keras itu. Entah kenapa sejak dua menjak ini dia selalu saja bersangka buruk. Lebih-lebih lagi dengan manusia yang bergelar lelaki. Marahnya pada kaum itu semakin hari semakin menebal dalam dirinya.

Lelaki itu kelihatan tersentak mendengar teguran gadis dihadapannya itu. Tubuh gadis itu diperhatikan atas bawah. Rasanya tidak ada apa yang terusik atau terluka.

“Ha! Tu apa yang awak pandang-pandang. Ishhh. Awak ni memang ada niat jahat kan!” Sambung Elianna lagi. Kali ini dia pamer pula wajah tidak puas hati.

“Eh… Jangan salah faham, I memang tak bermaksud apa-apa”
“Tak maksud apa-apa, tak maksud apa-apa. Huh lelaki semua sama!” Elianna merengus kasar. Dia menjauhkan sedikit tubuhnya dari lelaki itu. Matanya kembali melilau memerhatikan keadaan sekeliling. Sudah hampir setengah jam dia merayau-rayau di ruang legar Jakarta Soekarno-Hatta International Airport itu namun kelibat teman sekerjanya tidak langsung kelihatan. Ah! Mana dia ni??

“Err…” Lelaki itu terdiam mencari kata. Sejenak dia terfikir, salah apa sebenarnya yang telah dia lakukan sehingga gadis itu menjadi marah begitu.

“Elianna!” Di suatu saat, kedengaran seseorang memanggilnya. Elianna menoleh mencari si empunya suara.

“Kenny! Hey!” Raut wajah Elianna terus berubah bila terpandangkan sesusuk tubuh yang sedang berlari-lari anak mendapatkannya. Dia melambai-lambai ke arah Kenny, lelaki Malaysia berbangsa cina yang dahulunya pernah bekerja dengannya. Kenny bekerja di sini disebabkan oleh permintaan daripada pihak pengurusan, sudah hampir setahun dia di situ dan kini giliran Elianna pula. Bidang kerja mereka lebih kurang sama, cuma yang membezakan mereka ialah pertukaran ini adalah di atas permintaan dari gadis itu sendiri, tidak seperti Kenny.

“Gosh! Where have you been? Puas I cari you tahu tak. You okey ke tak? You sesat ke? Pukul berapa you sampai sini? Flight delay ke?” Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut lelaki itu sehingga melopong mulut Elianna dibuatnya.

“Wah! Wah! Dah lama kita tak jumpa, you dah makin fasih berbahasa melayu ya? Dulu terbelit-belit lidah you nak cakap dengan I” Puji Elianna, kagum dengan kefasihan lelaki itu bertutur dalam bahasa ibundanya. Baru setahun ni.

“Well. Duduk sini kena banyak cakap bahasa melayu maa. Itu baru sikit, you belum dengar I cakap bahasa Indonesia lagi…”

“Elehh… Takpe, takpe. I’ll be here for 3 months tahu. Enough time kalau nak dengar you membebel pun…” Seloroh Elianna membuatkan mereka kemudiannya tertawa bersama.

“Ehem!”

“Ehh… Ash! Sorry. Sorry. Lupa pula nak introduce you dengan kawan aku ni. So guys, meet each other. Ash, ni Elianna. You can just call her, Eli, and Eli, ni Ash. Ashfar. Budak office kita. Orang Malaysia juga ni, bertahun study sini terus tak nak balik...” Beritahu Kenny seraya menyiku pinggang temannya yang sedang tersenyum manis memandang ke arah Elianna.

“Bukan tak nak balik tapi belum tiba masanya untuk balik…” Bidas Ashfar lalu menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan gadis itu.

Raut wajah Elianna terus berubah. Rasa meluat dan marahnya pada lelaki itu semakin berbuku, apatah lagi bila mengetahui kedudukan sebenar di antara mereka bertiga. Kalau dah namanya satu office, faham-faham ajelah keadaannya nanti. Elianna merengus kasar. Tidak sedikit pun dia menoleh memandang ke arah lelaki yang diperkenalkan oleh Kenny sebentar tadi. Huluran tangannya juga dibiarkan tidak disambut.

“Kenny, I’m tired. I need shower. Hantar I terus ke hotel boleh tak?” Pinta Elianna.

Suasana jadi sepi seketika.

“Yes, you can. Jom!” Putus gadis itu sendiri seraya mengatur langkah meninggalkan mereka. Belum sempat Kenny nak menjawab, Elianna sudah terlebih dahulu membuat keputusan.

Kedua-dua lelaki itu berpandangan sesama sendiri.

“What happened?” Soal Kenny pada Ashfar.

Lelaki itu hanya menjungkit bahu. “Weirdo!” Balas Ashfar bersahaja.

Kenny yang berdiri di sebelahnya hanya mengelengkan kepala. “Nope, must be something…” Dia merenung tepat ke anak mata Ashfar. Dahinya sedikit berkerut. “Dude, did you?” Soal Kenny meragui kawannya itu.

“Woahh! Suka hati kau je nak tuduh aku. We’re not even start kot”

“But she looks like…-

“Kenny!! Cepatlah!” Pekik Elianna. Sudah agak jauh dia meninggalkan temannya itu.

“… Okay, okay, I’m coming!” Jawab Kenny. “Kau jangan macam-macam eh!” Sempat dia memberi amaran kepada Ashfar sebelum berlari mendapatkan Elianna.

“But, she’s hot bro!” Laung Ashfar sengaja mahu menyakat temannya itu.

“Don’t start! Kau cakap nak berubah kan!”

“Ha.Ha.Ha. I’m kidding, bro!” Ashfar ketawa besar. Dia memang begitu. Suka mengusik teman-temannya. Lebih-lebih lagi dengan teman rapat. Tapi selalunya usikan Ashfar sekadar melepaskan batuk di tangga. Tidak pernah lebih dan tidak pernah pula meninggalkan kesan dihati orang yang diusiknya. Kelibat Kenny dan Elianna diperhatikan dengan ekor mata. Dari jauh dia lihat mereka ketawa dan bergurau mesra. Melalui pandangan sudut tepi, dia dapat lihat dengan jelas senyuman yang terukir di wajah Elianna. Cukup manis dan menawan. Sedang khayal memerhatikan gerak geri dan senyuman gadis itu, tanpa sedar Elianna berpaling memandangnya. Ashfar tergamam. Tindakan itu terlalu pantas.

Mata mereka bertentangan.

Ashfar menguntum senyum.

Elianna pamer riak kosong. Tidak terasa mahu berbalas senyuman dengan lelaki itu. Agak lama mata mereka bertaut sebelum akhirnya Elianna sendiri yang melarikan anak matanya sambil menunjukan isyarat tangan kepada lelaki itu.

“LOSER!”

Barangkali itu yang diucapkan olehnya.

Senyuman Ashfar semakin melebar. Tidak sedikit pun hatinya terkesan dengan isyarat yang ditujukan gadis itu padanya. “Elianna…” Nama itu meniti di bibir. Entah kenapa dia merasakan ada sesuatu di dalam diri gadis itu. Sesuatu yang membuatkan hatinya terdetik untuk berfikir.

“Something is missing somewhere” Desisnya perlahan.


BERSAMBUNG :)


++++++++++++++

Nota Kaki : Dear Readers, Meant To Be (MTB) akan Ara upload 2 kali seminggu ya :)

Wednesday, February 20, 2013

Dan dengan ini aku berjanji...

PRANGGGGG!!!~

“Ya Allah!” Fatin tersentak bila pinggan yang berada di tangannya terlepas jatuh ke lantai. Habis berkecai. ‘Haishh! Satu kerja pula aku nak bersihkan ni.’ Dia merungut dengan kecuaian diri. Dicapainya penyapu dan kain basah untuk membersihkan serpihan kaca. Dia perlu cepat-cepat membersihkannya. Dia tunduk mengutip serpihan kaca sebelum disapu.

“Aduhh!!” Entah mana silapnya serpihan kaca itu tiba-tiba terkena jarinya. Apa lagi menggelupurlah dia bangun mencari sinki. Meleleh-leleh darah mengalir keluar dari lukanya.

‘Haishh..bala apalah pulak nie..’

“Sayang… kenapa??”

“Eh, Abang… Maaf ganggu Abang tidur. Aten terpecahkan pinggan ni. Mungkin tangan Aten licin, tu yang terlepas tu.”

“Hah?? Sayang.. kan Abang dah cakap, hati-hati. Sayang degil ya? Tengok sekarang, habis dah berdarah…Hmm” lantas saja tangan si isteri dipegang dan dibeleknya.

“Hah.. teruk nih, nak kena jahit lapan puluh empat jahitan ni.” Si suami cuba untuk berseloroh. Wajah isteri tersayang dipandangnya. Tersengih Fatin mendengar kata-kata suaminya itu. Takdelah besar sangat kesannya pun. Luka-luka manja jer… ‘lapan puluh empat jahitan!? Dasyhattt…!~’

“Sakit tak nie Sayang?” Fatin menggeleng.

“Tak sakit, suka!” jawabnya dengan suara yang sengaja dimanjakan.

“Mengada ya…”

“Alar..dengan suami Aten sendiri apa salahnya…” Tubuh lelaki itu dipeluknya mesra. Suaminya turut membalas pelukan si isteri. Fatin merasa saat ini sangat indah walaupun luka ditangannya sudah mula berdenyut.

“Abang… terima kasih sebab jaga dan sayang Aten…”

“Alah… kan Abang dah janji…..” Fatin tersenyum bahagia mendengar ungkapan suaminya. ‘Ya! Dia sudah berjanji… dan sudah pun mengotakan janjinya.’ Bisiknya perlahan, sambil kotak ingatannya menerawang mengingatkan masa lampau.

+++++++++++++++++++++++++++

“Hahhh! Pecah lagi! Apa saja yang tak kena lagi kat dapur tu!” Bising mulut Datin Maimon bila terdengarkan bunyi pecahan kaca di dapur. Keras saja langkahan kakinya menuju ke bahagian belakang.

“Hoi! Apa lagi yang kau buat ni!!? Habis semua barang dalam rumah ni kau nak jahanamkan ke??” jerkahan Datin Maimon mengejutkan Fatin yang memang dah sedia ada terkejut. Pucat muka anak gadis itu bila terpandangkan Datin Maimon yang dah macam Singa kelaparan. Bila-bila saja tunggu masa untuk menerkam!

“Err..ma.maa.afkan Aten Auntie…Aten tak senga..jaa…” Terketar-ketar dia meminta maaf.

“Minta maaf! Minta maaf!! Itu je yang kau boleh cakap?? Kau ingat kau anak tokey, sesuka hati je buat barang dalam rumah ni macam harta mak bapak kauu?? Hahh?? Cakapppp!!!” Makin kuat pula suara Datin Maimon menengkingnya.

Fatin terkedu. Sarang tebuan jangan dijolok.

“Hishhhhh!! Benci betul aku tengok muka kau nih! Patutnya mak kau dulu tanam kau hidup-hidup je, daripada dah besar menyusahkan orang! Tak gunaa!!” Datin Maimon macam dah kena rasuk, habis tubuh kecil itu dipukulnya. Berkali-kali pipinya ditampar. Tak cukup dengan tangan, hanger besi digunakannya. Terjerit-jerit Fatin itu merayu agar dilepaskan.

“Maafkan Aten Auntiee…maaf.. Aduh!! Sakit Auntie… Sakitttt!! Maaf.. tolonglah Auntie. Aten janji Aten tak buat lagi… Tolong Autiee…Aduhhh!!!” Mengeletar badannya bila dilibas dengan hanger besi tu.

“Maaf? Maaf kau tak jalan dengan aku. Kau ni memang nak kena ajar! Dah lama sangat tak kena kan!?” ditunjalkan pula kepala Fatin ke dinding cabinet. Habis rambut anak gadis itu dicarik-cariknya. Datin Maimon memang dah tak sedarkan diri!

“Aduh Auntiee.. sakitt! Tolong Auntie…” Tidak dihiraukan rayuan anak gadis itu. Selagi boleh badan kecil itu mahu dikerjakannya.

“MAMA!!!” Irham yang entah dari mana datangnya tiba-tiba muncul, mengejutkan Datin Maimon yang sedang kerasukkan. Cepat-cepat Fatin berlari menyembunyikan diri di belakang washing machine. Teresak-esak dia menangis.

“Mama, apa yang Mama buat ni? Mama dah hilang akal ke buat Aten macam tu?” bertalu-talu Irham mengajukan soalan pada Datin Maimon.

“Apa?? Kau nak salahkan Mama pulak? Budak tak guna tu kau biarkan je??”

“Maa… Aten tu kecik lagi Ma. Apa sangatlah ‘tak guna’nya tu…Hmm.” Irham betul-betul kesal dengan sikap Mamanya. Nasib baiklah dia beringat untuk pulang awal malam ni. Kalau tak, tak tahulah apa yang akan jadi, mungkin Fatin dah layu terkaku tak bernyawa agaknya.

“Ahhh!~ yang kau asyik nak menangkan dia kenapa?? Aku ni Mama kau tahu, apa yang aku buat semuanya untuk kebaikan dalam rumah ni. Kau apa tahu? Keluar pagi balik malam!” tingkah Datin Maimon. Suaranya masih seperti tadi, kuat menyalak!

“Ma…”

“Sudahlah! Malas aku nak layan orang dalam rumah ni. Semuanya nak menyusahkan aku!” Datin Maimon berlalu meninggalkan Irham yang termanggu-manggu. Sepi seketika keadaan itu, yang jelas kedengaran hanyalah esak tangis Fatin. Perlahan-lahan Irham menghampiri Fatin.

“Fatin…..”Lembut saja sapaannya. Irham tak mahu Fatin terkejut dengan kedatangannya. Fatin masih lagi menangis. Tersedu-sedu dia menahan tangis yang masih berbisa. Simpati Irham melihat keadaan anak gadis itu. Rambutnya kusut masai, bajunya dah tertarik sana sini. Tiba-tiba mata Irham terpandangkan pipi Fatin yang akhirnya jatuh ke tepi bibirnya yang berdarah. ‘Ya Allah, apa yang Mama dah buat ni…’ bisiknya dalam hati.

“Fatin… Mari sini, Abang Ir tolong bersihkan luka tu…” Sekali lagi Irham cuba untuk memujuk. Fatin hanya menggeleng. Dia masih lagi takut untuk keluar dari tempat persembunyiannya. Dia takut Auntienya itu akan datang balik dan memukulnya lagi.

“Fatin… jangan takut. Abang Ir ada ni… keluar yer..jom kita duduk kat buaian luar.” Kali ni Irham cuba menarik lembut tangan Fatin untuk keluar. Mustahil lah dia nak masuk duduk sekali di belakang washing machine tu. Fatin mula menggerakkan badannya sedikit demi sedikit. Irham tersenyum bila Fatin sudah mula memberi responses. Perlahan-lahan Fatin menggesotkan dirinya keluar dari tempat persembunyian.

…………………………………………………………………….

“Aduh…”sekali sekala terdengar Fatin mengaduh sakit bila Irham menyentuh kesan pukulan di badannya. Kesian Irhan melihat kesan-kesan hanger dan tangan yang masih melekat di tubuh anak kecil itu. Belum ditambah lagi dengan kesan lebam di pipi. Hurmm… Dia rasa bersalah pada Arwah Mak Uda, orang gajinya yang meninggal dunia tahun lepas ketika cuba untuk menyelamatkannya dari dilanggar. Mak Uda sanggup mengorbankannya nyawa semata-mata untuknya. Dia sangat terhutang budi dengan Arwah. Permegian Mak Uda meninggalkan gadis manis yang sangat cantik pada pandangan matanya. Fatin Ilya, tahun ini dia berumur 12 tahun. Baru sahaja menghabiskan peperiksaan UPSR pada bulan lepas. Bagi membalas jasa Arwah Mak Uda, dia dan keluarga telah sepakat untuk mengambil Fatin sebagai anak angkat mereka. Kebetulan pula Irham tidak mempunyai adik, kedatangan Fatin menyerikan hari-hari sepinya. Dia juga secara peribadi sudah berjanji untuk menjaga Fatin. Tapi entah kenapa sejak diceraikan Papa, Mamanya bersikap dingin terhadap Fatin. Tidak tahu dimana silapnya, pantang ada yang tak kena, siaplah anak gadis itu akan dimarahinya. Dia pun sekarang agak sibuk dengan kuliah luar dan study group. Tahun ini tahun terakhir dia di UITM.

“Sakit sangat yer?” Anak gadis itu menganguk.

“Maaf yer Abang Ir lambat datang.”

“Em. Takpe. Sikit je.” Fatin tersenyum tawar ke arah Abang Ir nya, dia takkan salahkan Abangnya itu sebab terlalu lambat datang untuk menyelamatkannya. Irham tunduk memandang lantai. Berkira-kira apa yang patut dilakukannya untuk menjauhkan Fatin dari Ibunya. Dia bimbang Fatin akan di apa-apakan lagi. Kebetulan pula awal tahun depan dia akan ke Ausie untuk menyambung pelajarannya.

“Fatin nak masuk sekolah asrama penuh tak?” Ideanya datang tiba-tiba.

“Maksud Abang Ir?”

“Untuk sekolah menengah nanti, kalau Fatin nak, Abang Ir boleh daftarkan.”

“Boleh ke?”

“Kenapa pula tak boleh? Boleh… kalau Fatin nak, minggu depan jugak Abang Ir pergi sekolah tu.” Lantas Fatin mengganguk tanda setuju. Kelihatan sinar di matanya. Irham juga turut tersenyum, Alhamdulilah lega hatinya. Sekurang-kurangnya dia tahu Fatin akan selamat disana. Tidak ada lagi sepak terajang yang perlu dilaluinya.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Nanti Abang Ir jangan lupakan Aten ya.” Tersentuh hati Irham bila mendengar kata-kata yang keluar dari bibir mungil anak gadis itu. Dia tersenyum.

“Takkanlah Abang Ir nak lupa. Fatin jaga diri baik-baik tau. Jangan nakal-nakal. Dah sampai nanti Abang Ir call Fatin ya.” Janji Irham. Dibongkokkan badannya sedikit mengadap Fatin.

“Abang janji tau…” lantas dia memeluk tubuh lelaki yang sudah dianggap sebagai Abang kandungnya sendiri. Teresak-esak dia menahan tangis. Irham juga sedih bila mengenangkan Fatin yang akan ditinggalkannya. Bila sudah berada di Ausie nanti entah bila pula yang dia akan pulang. Selain untuk melanjutkan pelajaran, ada kenalan di sana yang sudah menawarkan pekerjaan kepadanya. Entahlah, dia pun belum pasti bagaimana keadaannya di sana nanti. Fatin dipeluknya erat. Sungguh dia sayang pada anak gadis ini.

++++++++++++++++++++++++++++++++

8 tahun kemudian.

“Baby…” Fatin menoleh ke arah suara yang memanggil. Dia tersenyum mesra.

“Bie…” Balasnya pula. Biasalah muda mudi zaman sekarang, kalau bercinta macam-macam nickname yang nak diberikan pada pasangan masing-masing.

“How’s your day? Rindu I tak?” soalan si lelaki sambil melemparkan senyuman yang nakal.

“Rindu…rindu sangat. Bie kenapa tak call I?”

“Alaa... I’m sorry sayang. I busy lar. Banyak assignment.” Jawapan clichĂ© student kolej. Ehem! Fatin sengaja memasamkan mukanya. Ala, merajuk lah tu!

“Alaa… janganlah merajuk sayang.. Jom I belanja you tengok wayang.” Fatin tersenyum. Ah~ pandai saja dia ni nak memujuk aku.

“Jom!” lantas mereka berdua berlalu sambil beriringan tangan berjalan menuju ke kereta.

Fatin Ilya, gadis manis yang kini sudah pun berusia 20 tahun. Sekarang sedang menuntut di KLMU. Lapan tahun berlalu meninggalkan semua kenangan pahit yang pernah singgah di dalam dirinya.

+++++++++++++++++++++++++++

+ Irham Aizam : Fatin, Abang Ir akan balik Malaysia hujung bulan ni J
- Fatin Ilya : What?? Serious??
+ Irham Aizam : Yes, 27.12 nanti, Fatin ambil Abang Ir kat airport ya?. Boleh tak?
- Fatin Ilya : Boleh, boleh. InsyaAllah.. Seronoknya, Abang Ir dah nak balik! Tak sabar Aten nak jumpa Abang.
+ Irham Aizam : Yelah, Abang Ir pun dah tak tahan nak tengok Adik abang yang sorang ni. Macammanalah keadaannya sekarang yer. Mesti makin cantik.
- Fatin Ilya : Mana adalah Abang. Aten masih macam dulu, budak comot!;P
+ Irham Aizam : Hehehe. Well~ will see nanti. J
- Fatin Ilya : Okay!!! ;D

Fatin mencapai kalendar di hujung katil. 27.12.2010, dipangkahnya besar-besar nombor tu ‘ABG IR NAK BALIK!’. Tersenyum dia seketika bila mengenangkan Abang Ir nya itu. Sudah hampir sembilan tahun dia tak berjumpa dengan dia. Yang menjadi penghubung hanyalah Yahoo Messanger, Email dan phone. Lima tahun setelah tamat pengajiannya, Abang Irham memilih untuk bermastautin dan bekerja di Ausie. Nak cari pengalaman katanya. Mungkin sekarang pengalamannya dah penuh dan kini mahu pulang ke Malaysia. Mungkinlah!~ Fatin berteka-teki sendiri. Wahh!~ tak sabarnya nak jumpa diaaaa!! Anak patung Bear pemberian Irham dipeluknya erat.

+++++++++++++++++++++++++

“Assalamualaikum….” Hati Fatin berdegup dengan kuat bila terdengarkan suara yang sangat dirinduinya. Dipalingkan badannya menghadap si empunya suara.

“Waalaikumussalam….. Abang Ir…..” Bagai mahu luruh jantungnya ketika menatap wajah Itu.

“Hai Fatin…”

“Abang Ir ke ni?? Wah… segaknya!” Fatin tergamam sebentar. Abang Ir nya dah banyak berubah. Kacak dan kemas penampilannya.

“Yelah… Abanglah ni. Ala, Fatin pun sama. Dah anak dara dah, Berseri-seri sekarang ni. Apa rahsia?” Irham cuba untuk menyakat Fatin. Tersipu-sipu dia malu.

“Datang dengan siapa ni?” Soal Irham.

“Dengan kawan, tu..” Dia menjuihkan bibirnya ke arah kelibat seorang lelaki yang sedang menghampiri mereka.

“Hello…” Sapa lelaki itu setelah kini berhadapan dengan mereka berdua.

“Hariz, kenalkan Abang I, Irham… Erm, Abang Ir… ni kawan Aten, Hariz.” Mereka sekadar tersenyum mengganguk, sambil berjabat tangan.

“Abang?” Hariz seakan terkejut.

“Abang daripada keluarga angkat I..”

“Oh, Abang Irham… Patutlah beriyer-iyer je ajak saya teman ke airport, rupanya nak jemput Abang tersayang… Naik berdarah dah telinga ni asyik dengar dia sebut nama Abang je… Abang Ir tu, Abang Ir ni, tak sangka pula hari ni dapat berjumpa.” Hariz cuba mengusik. Irham tersenyum bersahaja, dia memang agak kekok untuk memulakan bicara dengan orang yang baru dikenalinya. Tak tahu nak mula, katanya.

“Fatin selalu mengumpat pasal Abang Ir ya?” Duga Irham. Fatin tersipu-sipu malu.

“Mana ada Abang Ir, memandai je Hariz ni… Err.. dahlah, jomlah balik, nanti Mama marah pula sebab bawa Abang Ir balik lambat.” Tingkahnya, cuba untuk menukar topik perbualan. Ah~ malulah aku kalau diusik macam ni. Merah mukanya menahan malu.

Mereka berdua tergelak melihat telatah Fatin yang malu diusik.

“Oklah, jom. Abang pun dah letih seharian dalam flight ni.” Ajakkan Irham melegakan hati Fatin, selain tak mahu diusik lagi, dia bimbang akan tanggapan Auntie Maimon jika anaknya itu dibawa pulang lewat.

Tanpa berfikir panjang mereka bertiga serentak menghayun langkah menghampiri kereta. Tak banyak yang dibualkan sepanjang perjalanan. Mungkin masing-masing sudah letih, atau kekurangan idea untuk menuturkan kata. Alih-alih semuanya senyap sehinggalah sampai ke destinasi yang hendak dituju.

+++++++++++++++++++++++

“Baguslah kamu dah balik Irham… bolehlah kamu tolong siapkan majlis si Fatin tu..” kata-kata Auntie Maimon kepada Abang Ir mengejutkan Fatin dari suapannya. ‘Majlis aku??’

“Majlis apa Mama? Fatin tak bagitahu apa-apa pun?” Irham menoleh memandang Fatin yang juga kehairanan.

“Aten pun tak tahu Abang Ir…” Jawabnya. Mama Maimon yang bersahaja menyuapkan nasi ke mulutnya dipandang dengan seribu makna tersirat.

“Mama nak kahwinkan Fatin dengan Tuan Zaki.” Hampir tersembur air yang diminum oleh Fatin ketika itu.

“Apa maksud Auntie?” Soalnya.

“Yer, kahwin! Kau tak faham maksud kahwin!? Tuan Zaki tu dah lama nak kat kau, kau pun sekarang bukannya kecil lagi. Dah tak larat aku nak menanggung kau! Dari kecil sampailah dah besar macam ni, cukup-cukuplah tu hidup menyusahkan aku sekeluarga…”

Pedih hati Fatin mendengarkan ayat yang keluar dari mulut Datin Maimon. Hina sangat dia pada pandangan wanita itu.

“Auntie, apa Auntie cakap ni? Aten masih muda… belajar pun tak habis lagi, dan lagi Aten tak kenal pun siapa lelaki yang Auntie maksudkan tu..” Mutiara jernih sudah mula terbit dari kelopak matanya. Entah apalah salahnya pada keluarga itu. Dari dulu sampai sekarang, tak sudah-sudah wanita itu mengherdiknya.

“Yelah Mama, kenapa tiba-tiba nak kahwinkan Fatin?” Irham pula mula bersuara. Dia pelik kenapa Mamanya beriya benar menyuruh gadis itu untuk berkahwin.

“Aku dah tak sanggup nak bela budak ni! Banyak dah duit aku habis sebab nak menanggung makan minum dia. Lagipun biarlah dia kahwin, senang, ada orang yang boleh jaga dia.” Mudah saja Datin Maimon menuturkan kata, sesenang menjual ikan di pasar yang itu pun belum tentu habis jualannya.

“Hmm… Kenapa buat macam ni Ma?.. Fatin ni bukannya sesiapa, dia kan keluarga kita juga.” Irham cuba memujuk Mamanya. Dia bersimpati dengan nasib Fatin. Ingat kan dah bertahun-tahun duduk merantau, Mamanya akan berubah, tapi layanannya terhadap gadis itu masih tetap sama. Umur Mamanya bukannya muda lagi, sudah mencecah 50 tahun… Apa sangatlah dosa yang dilakukan oleh Fatin sampai Mama membencinya. Kebenciannya tak pernah surut, semakin bertambah lagi ada.

“Yang kau ni dari dulu sampai sekarang nak manjakan dia kenapa?? Aku dah pun berjanji dengan Tuan Zaki tu, bulan depan nak taknak diorang mesti kahwin! Persiapan semua aku dah atur, tinggal nak duduk dan sanding je. Senang kan? Apa lagi yang dia nak??” Bentak Datin Maimon. Pinggan nasi yang masih lagi bersisa ditolaknya ke tepi, hampir saja jatuh menyembah bumi.

“Batalkan saja perjanjian Mama dengan lelaki tu!” Tingkah Irham tiba-tiba. Hampir tersembul biji mata Datin Maimon bila Irham bersuara.

“Kau nak bantah kata-kata aku pulak??” Datin Maimom seperti hilang kewarasan. Anak lelakinya pula menjadi mangsa tempikkan. Fatin yang sedari tadi hanya mampu mendengar pertengkaran diantara dua beranak itu sudah mula teresak-esak menangis.

“Bukan membantah, Ir Cuma mahu membetulkan keadaan. Apa yang Mama buat ni salah. Fatin ada hidup dia sendiri, Mama pun tahu kan?” Irham cuba mengawal perasaannya sebaik mungkin. Dia tak mahu disebabkan hal ini nanti dia digelar anak derhaka.

“Aku tak tahu! Aku tak tahu apa-apa, dan tak ingin nak amik tahu. Dia bukan sebahagian daripada keluarga aku, dia Cuma anak yang ditinggalkan, hidup menumpang di rumah aku!”

“Hmm… Baiklah… Baiklah kalau Mama dah putuskan macam tu. Ir izinkan Mama untuk teruskan majlis tu… Mama nak Fatin kahwinkan? Okay dia akan kahwin…”

“Abang Ir…….” Fatin bersuara lemah. Lengan lelaki itu digoncangnya. Dia tak sangka lelaki yang selama ini mempertahankannya tegar membiarkan dia diperlakukan begitu. Punah sudah harapan untuk berpaut. Dipandangnya Datin Maimon yang sedikit demi sedikit sudah pun mengukir senyuman sinis diwajah tuanya.

“…… Fatin akan berkahwin, tapi Cuma dengan Ir..…”

Tersentak Datin Maimon mendengar kata-kata tegas yang keluar dari mulut anak lelakinya itu. Fatin apatah lagi, hampir saja dia jatuh terduduk rebah diatas lantai rumah itu.

‘Ya Allah………….’

Suasana rumah menjadi lenggang, sunyi sepi seperti tak berpenghuni.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Fatin… Maafkan Abang…” Bahu gadis itu yang kini telah pun sah menjadi isterinya dipegang lembut. Dia tahu gadis itu kini sangat membencinya. Sejak dari mulanya majlis sehinggalah tetamu terakhir mengangkat kaki untuk pulang, wajah gadis itu tidak sedikit pun menunjukkan tanda-tanda gembira di atas perkahwinannya. Irham sedar akan hal itu, dia tahu apa yang baik untuk Fatin, dia bukan sengaja ingin mengambil kesempatan, dia kenal Mamanya, dia tahu apa yang mampu Mamanya buat jika arahannya ditolak. Demi Allah, dia hanya mahu melindungi gadis itu.

“Fatin marahkan Abang ya?”

Fatin masih lagi mendiamkan diri. Wajah Irham tidak langsung dipandangnya.

“Fatin… Jangan macam ni, kan Abang dah minta maaf? Apa yang Abang buat ni semuanya untuk kebaikkan Fatin…” Pujuk Irham lagi, resah dia memikirkan keadaan Fatin ketika itu.

“Untuk kebaikkan sehingga sanggup menghancurkan hidup Aten?? Abang Ir dengan Auntie sama saja! Aten benci Abang Ir!! Seumur hidup Aten takkan maafkan!!” Tingkah Fatin kuat, sambil berlalu menghilangkan diri ke dalam bilik air.

Terkesima Irham mendengar luahan yang keluar dari mulut gadis itu. Dia tak sangka Fatin akan berkata begitu. ‘Hmmm… Fatin….’ diraup mukanya dengan kedua-dua belah tapak tangannya. Dia yakin satu hari nanti, gadis itu akan mengerti.

………………………………………………………………………

Pili paip dibuka sehabis boleh, air yang keluar deras dibiarkan mengalir laju. Di dalam bilik itu, dia menangis semahu-mahunya. Di dalam bilik itu jugalah dia meratap nasib malang yang menghantuinya.

‘Apa salah aku!!?………… kenapa sebegini berat ujian yang Kau timpakan padaku? Terlalu sukar untuk aku hadapinya Ya Allah…….’

Sudah terbayang kesulitan yang terpaksa dihadapinya nanti. Hariz?? Ya Allah, apa yang harus aku katakan padanya? Dapatkah dia menerima semua ini? Dapatkah dia menerima aku yang kini sudah pun bergelar isteri orang?? Wajah Hariz berlegar-legar dipandangan matanya. Lelaki itu sudah hampir setahun menjadi peneman hatinya. Argghhh!! Dia kusut, kepalanya serabut memikirkan cara untuk melepaskan diri dari situasi ini… Matanya di pejam erat, tidak mampu lagi untuk dia terus bertahan… dan entah bila dan ketikanya, dia terlena. Lena dibuai mimpi yang amat menakutkannya.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Fatin mari makan sekali…”

“Tak apalah, Saya tak lapar, lagipun saya dah lewat…” Jawab Fatin acuh tak acuh, ajakan Irham tidak langsung dipedulikannya. Sakit hatinya masih lagi penuh terbuku di hati.

“Alah, biarkanlah dia! Tak habis beras kat rumah aku ni nanti.” Datin Maimon yang duduk sekali di meja makan menyampuk keras.

“Fatin dah jadi isteri Irham, Mama… Dia tanggungjawab Ir sekarang….”

“Alahhhh! Kau je yang sibuk nak buat baik dengan dia, tapi dia? Kau tengoklah macam mana dia layan Kau!”

“Hmm… Saya pergi dulu.
“….. Erm, mungkin tak balik malam ni…..” Akhirinya sambil berlalu.

“Fatin……..”

“Fatin, tunggu dulu.” Pantas Irham mengejar Fatin yang sudah pun hilang dari pandangan matanya.

“Fatin… tunggu Abang….”

Fatin menghentikan langkah kakinya.

“Ada apa?” Soalnya. Tidak sedikit pun matanya memandang Irham.

“Fatin nak pergi mana malam ni? Kenapa tak balik?” Soal Irham. Atas bawah matanya memerhatikan isterinya.

“Saya ada hal.” Jawabnya ringkas. Irham memandang lembut wajah Fatin. Ada sesuatu yang lain dalam perbualan mereka. Saya? Fatin membahasakan dirinya sebagai Saya? Irham sedikit kecewa, Fatin memang langsung tak bagi muka padanya, sejak dari majlis perkhawinan mereka minggu lalu, tiada lagi masa yang diluangkan bersama.

“Hal apa? Bagitahulah Abang, kalau ada apa-apa nanti senang Abang nak cari…”

“Tak perlu susah-susah nak cari Saya, Saya boleh jaga diri Saya sendiri.” Tingkahnya sambil melangkah keras meninggalkan Irham yang sedikit terkejut mendengar kata-katanya.

‘Hmmmph…’ Irham mengeluh. Tak tahu apa lagi yang harus dicakapkan. Fatin terlalu marah dengan dirinya. Handphone di kocek seluar dikeluarkannya. Dia tahu apa yang perlu dilakukannya dan dia tahu siapa yang boleh memujuk Fatin untuk keluar dari kepompong kemarahannya.

“Hello………”

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Hai baby.” Fatin menoleh ke arah suara yang menyapa.

“Hariz…” Sayu hatinya menyebut nama lelaki itu.

“Kenapa ni sayang? Muram je, siapa kacau sayang I nie?”

Fatin tersenyum pahit. Dia menarik nafas panjang. Dia tak boleh lagi merahsiakan status dirinya daripada lelaki itu. Dia harus berterus terang. Ya! Harus.

“Hariz, I ada sesuatu nak bagitahu you…” Ujarnya perlahan tetapi dalam nada serius.

“I… I… dah.. kha..win…” tergagap-gagap dia menuturkan kata. Matanya dipejam erat. Tak sanggup rasanya dia hendak berlaga mata dengan lelaki itu. Lama dia tunggu sebelum Hariz bersuara.

“I dah tahu…” Jawapan Hariz benar-benar mengejutkan Fatin. Fatin membuka matanya dan sedar-sedar tangannya sudah pun berada di genggaman lelaki itu.

“Dah tahu??” Soalnya.

“Ya, Abang Irham yang bagitahu…”

“Abang Ir??? Bila?? Dia cakap apa??”

“Tentang itu, you tak perlu tahu. Man’s talked. I tak kisah dengan status you sekarang.” Ujar Hariz sambil tangannya lembut mengelus rambut Fatin yang masih lagi kebingungan.

“Are you sure Hariz? I mean you tak kisah langsung dengan…..

“Syhh Sayang… Dahlah, I’m serious, tak perlu lagi kita ungkit pasal hal ni. Benda dah jadi, kita tak boleh elak, kita tunggu dan lihat jelah apa kesudahannya nanti..” Bidas Hariz tanpa sempat Fatin menghabiskan kata-katanya.

Fatin terdiam. Dia tak sangka Hariz sanggup menerima dirinya seadannya. Dia tak sangka Hariz sebaik itu! Hatinya berbunga kembali, dia tahu dia tak perlu takut untuk ditinggalkan oleh lelaki itu. Dia yakin satu hari nanti Abang Ir akan menceraikannya dan di saat itu dia pasti akan menjadi milik Hariz sepenuhnya.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Terjungkit-jungkit Fatin melangkah masuk ke bilik itu. Bilik yang pada mulanya disediakan untuk malam pertamannya. Malam pertama?? Huh! Mustahil! Sejak dari hari pertama perkhawinannya sehinggalah sekarang, inilah kali pertama dia menjejakkan kakinya ke dalam bilik itu. Dia mahu mengambil barang-barang miliknya. Kata Bibik, pagi tadi semua barang kepunyaannya telah dialihkan ke dalam bilik itu.

“Atas arahan siapa??”

“Arahan Tuan Irham Bu…” Hish!! Bengang hatinya tak terkata. Tak cukup dengan menyakitkan hatinya, kini barang-barangnya pula yang menjadi mangsa.

‘Ish, kat mana ni…’ Terkial-kial dia memandang sekeliling. Fuh!~ besar betul bilik nie.

“Assalamualaikum Fatin….”

“Err!
“Wa..alaikum.musalam…” Tergagap-gagap dia menjawab salam yang diberikan Irham. Entah bila masanya lelaki itu sudah berdiri tegak memerhatikannya.

“Fatin cari apa?”

“Cari barang.” Jawabnya ringkas sambil matanya masih liar memandang sekeliling.

“Barang apa?” Soal Irham lagi.

“Hish! Barang sayalah. Kenapa pandai-pandai alihkan ke sini??” tingkahnya agak kuat.

“Dalam bilik ni semuanya barang kita. Ambil saja apa yang Fatin mahu.”

Fatin mendengus geram.

“Fatin, we need to talk”

“Tiada apa yang perlu kita cakapkan… Oh ya! By the way, thanks sebab bagitahu Hariz tentang hal kita dan lagi, saya harap awak akan lepaskan saya secepat mungkin.” Hilang sudah rasa hormatnya pada lelaki yang dulu dianggapnya sebagai abangnya sendiri. Tiada lagi panggilan ‘Abang’ yang selalu digunakannya.

Fatin mula menghayun langkah untuk meninggalkan bilik itu, tapi sempat ditahan oleh Irham. Lengan Fatin dipegangnya dan tak sampai beberapa saat Fatin menepis kasar pegangan itu.

“Fatin please, let me explain. Bagi Abang peluang untuk menerangkan keadaan sebenar. Kalau Fatin bersikap macam ni, sampai bila pun masalah kita takkan selesai. Please?” Dengan penuh sabar Irham memujuk isterinya.

‘Hmmmm…….’ Fatin mengeluh. Perlukah aku beralah? Untuk pertama kali selepas dari majlis hari tu dia mengangkat muka memandang wajah lelaki yang dianggap pemusnah hidupnya.

“Fatin, percayalah. Abang buat semua ni untuk kebaikkan Fatin, Abang tak berniat pun untuk mengambil kesempatan, apatah lagi nak menghancurkan hidup Fatin. Abang buat semua ni sebab Abang nak selamatkan Fatin dari rancangan Mama. Fatin tahukan apa yang Mama boleh buat kalau kita bantah arahannya?”

“Tapi ada banyak cara lain yang awak boleh fikirkan, selain cara ni!”

“Apa cara lain yang boleh Abang fikirkan selain cara ni? Waktu tu Abang dah terdesak. Abang dah tak boleh nak fikir cara lain. Apa yang terlintas itu yang Abang cakapkan. Abang tak sanggup tengok Fatin khawin dengan lelaki yang entah dari mana usal usulnya tu…” terang Irham dengan panjang lebarnya.

Fatin mencebik ‘Aku ni dah umpama keluar mulut naga masuk mulut buaya tahu tak???’ dipandangnya wajah lelaki atau lebih tepat suaminya dengan pandangan yang tersirat. Sebenarnya dia sudah terfikir untuk memaafkan Irham pabila mendapat tahu yang lelaki itu menghubungi Hariz untuk menceritakan hal yang sebenar. Tapi, hatinya tak selembut fikirannya….

“Saya tak tahu nak cakap apa… Hariz pun dah kata, benda dah jadi, dah tak boleh nak patah balik. Saya harap awak boleh fikirkan cara untuk lepaskan saya secepat mungkin…” Berkerut dahi Irham mendengar ayat terakhir yang keluar dari mulut Fatin. Masuk kali ini dah dua kali Fatin mengingatkan dia untuk melepaskannya.

“Hmmm… Fatin.. Okay, okay.. Abang akan lepaskan Fatin, tapi dengan bersyarat…..”

Mata Fatin buntang memandang Irham. ‘Dahlah kau musnahkan hidup aku, dan sekarang bila aku tuntut balik, kau nak bersyarat-syarat segala!’ bentak hatinya.

“Syarat apa??” Soalnya keras.

“Satu, Abang akan lepaskan Fatin bila Abang yakin Mama takkan bahayakan Fatin lagi…. Dua, Abang nak Fatin panggil Abang, Abang… dan Fatin bahasakan diri Fatin macam yang selalu Fatin buat…”

Dahi Fatin berkerut.

“Macam yang Fatin buat?”

“Ya, Kalau betul pun Fatin nak marahkan Abang, tolong jangan bahasakan diri Fatin, saya dan awak lagi. Atleast, hormat Abang sebagai orang yang lebih tua dari Fatin…”

“Em, okay. Lagi? ada lagi??”

“Dan yang terakhir, Abang nak Fatin tidur dengan Abang…”

“Hahhh!!??”

“Maksud Abang, tidur satu bilik dan satu katil dengan Abang. Jangan risau, Abang takkan sentuh Fatin. Abang Cuma taknak Mama fikir lain kalau nampak kita tidur berasingan… Fatin boleh buat tu?” Soal Irham kepada Fatin yang terkebil-kebil memandangnya.

Fatin melepaskan keluhan berat. ‘Boleh caya ke dia ni? Kalau ikan dah tergolek-golek di depan mata, takkan tak terusik hati si kucing untuk menerkam kan!?’

“Err… yang terakhir tu memang kena buat ke?...”

“Kena kalau Fatin nak Abang lepaskan Fatin… It’s all up to you..” Katanya sambil berlalu meninggalkan Fatin yang masih tercari-cari jawapan untuk syaratnya yang ketiga.

Glurppp!~


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Perlahan-lahan Irham merapati katilnya yang kini sudah pun berpenghuni. Dia tersenyum puas, Alhamdulillah… Dia tahu sedikit sebanyak Fatin sudah pun memaafkannya. Diperhatikan wajah Fatin yang sudah pun lena dibuai mimpi. Untuk pertama kali dia dapat melihat muka Fatin dengan jelas dan sedekat ini. Diselak anak rambut yang jatuh mengenai dahinya. Dia tak pernah sangka anak gadis yang selalu dibelanya kini sudah pun menjadi isterinya yang sah.

Comforter yang sudah pun jatuh ke pinggang Fatin, dibetulkannya. Sekarang gilirannya pula untuk mengambil tempat. Dia juga sudah letih seharian cuba untuk menyelesaikan masalah yang datang bertimpa-timpa. Dia baring mengadap Fatin yang membelakanginya. Dia tak kisah, biarlah kalau ada yang mengata dia sebagai lelaki yang dayus atau apa. Yang penting sekarang, keselamatan dan kebajikkan Fatin harus dijaga. Dia sudah berjanji, dan sekarang dia sedang cuba untuk mengotakannya.

‘Mak Uda… Irham janji akan jaga Fatin walau nyawa Irham yang menjadi taruhannya…’ Matanya tertutup kejap selepas membisikkan ayat itu.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Fatin, nak pergi mana?” Soal Irham bila terlihat isterinya yang sedang bersiap-siap untuk keluar. Jam di dinding dikerlingnya. Hampir pukul 10.00 malam.

“Fatin nak jumpa Hariz!” Jeritnya dari arah tangga. Dia lupa yang dia berada dirumah keluarga Irham. Dia lupa ada orang lain yang boleh mendengar jeritannya.

“Kau nak pergi mana Fatin!?? Lelaki mana yang kau nak jumpa??” Soal Datin Maimon yang entah dari mana munculnya.

“Err… A..tenn, Aten….” ‘Aduh! Macammana nihh…!?’ menggeletar badannya ketika itu.

“Sayang, dah siap? Jomlah…” Irham tiba-tiba datang menyelamatkan keadaan.

“Er, okay, okay dah siap…” Tergagap-gagap Fatin menyambut panggilan Irham.

“Ma, kami pergi dulu…” Dengan selamba Irham menarik tangan Fatin untuk mengikutinya. Datin Maimon hanya memerhatikan tingkah mereka dengan ekor matanya.

“Kau jangan nak bela sangat isteri kau tu Irham…..” sayup-sayup kedengaran suara Datin Maimon melemparkan kata-kata sinis.

‘Kau orang jangan ingat aku tak tahu…’

………………………………………………………………………….

“Fatin nak jumpa Hariz di mana?” Soal Irham setelah mereka berdua Berjaya melepaskan diri daripada Datin Maimon. Enjin kereta BMW milik Irham sudah mula dihidupkan.

“Err, Restoran Gazebbo. Em, Abang Ir hantar Aten kat bus stop hujung jalan tu jelah. Aten boleh naik teksi.” Pintanya.

“Tak mengapa. Abang hantarkan. Dah lewat ni, takkan nak biarkan isteri Abang jalan sorang-sorang.”

Fatin terasa agak kekok bila Irham menyebut perkataan ‘isteri’ dihadapannya dan bertambah kekok lagi bila Irham ingin menghantarnya. Suami menghantar isteri untuk berjumpa dengan kekasih isteri? Dia pelik, betul Irham tak kisah atau pura-pura tak kisah?? Dia semakin gelisah.

“Fatin jangan bimbang, Abang takkan ikut sekali, Abang hantar then maybe Abang keluar dengan kawan-kawan Abang… Once finish, Fatin call Abang, kita keluar berdua, balik pun mesti berdua…” Arahnya dalam nada tegas.

Fatin hanya mengganguk. Dia pun kurang pasti apa yang sedang dia lakukan…

……………………………………….

“Okay, Abang dropped sini. Dah siap nanti call Abang, I’ll be around here je… Take your time, no rush.” Kata Irham seraya memecut laju keretanya meninggalkan Fatin yang termanggu-manggu.

‘Ah lantaklah!’

………………………………………..

Dari jauh sudah kelihatan kelibat Hariz yang menantinya. Dia tersenyum manis memandang Hariz. Tampak segak dia malam ni, memang kalau nak dibandingkan dengan Irham, Hariz pasti jauh ketinggalan, tapi dia tak kisah. Hariz terlebih dahulu Berjaya mencuri hatinya.

“Sayang…. Sorry I lambat.”

“It’s okay Sayang, I pun baru je sampai ni. You datang dengan apa?” Soal Hariz.

“Err… Abang Ir hantar.” Jawapnya ringkas.

“Oh… Emm, okay… Jom order makan dulu.” Fatin nampak Hariz cuba untuk tidak bercakap mengenai perihal Irham. Dia faham, dia takkan paksa. Dia tak mahu merosakkan mood mereka. Menu ditangan ditelitinya.

“……. Eh sayang, you orderlah dulu… I nak pergi toilet jap, nak terkucil lah..hehe..” Fatin tersengih mendengar kata-kata Hariz.

“Okay, apa saja I order, you makan tau?”

“Anything from you Darling…” Jawabnya sambil bergegas pergi mendapatkan toilet. ‘Dah tak tahan sangatlah tu!’ menggeleng Fatin dengan kelakuan Hariz.

“Dik, bagi dua beef steek, 1 fresh orange, 1 watermalon juice..” Pintanya. Si pelayan mengganguk faham sambil mencatatkan makanan yang dipesan.

“Itu saja kak? Ada apa-apa lagi nak tambah?”

“Takde dah. Terima kasih ya…” Ujarnya sambil tersenyum.

“Okay..”

Fatin memerhatikan sekeliling. Tak ramai seperti selalu. Restoran ni memang terkenal dengan masakan western-nya. Datang sekali, pasti nak datang selalu!

Tiba-tiba matanya terpaku pada handphone blackberry kepunyaan Hariz.

‘Hish dia ni, letak handphone merata-rata… kang tak pasal-pasal pula kena curi!’ bebelnya didalah hati. Handphone itu dicapainya. Entah kenapa hatinya tergerak untuk memeriksa BBM-nya, lantas…

+ Natasya : Baby, where are you? I miss you badly… :(
- Hariz Zali : Sorry Hun, I dengan kawan, I miss you too! Later I meet u k? :-*

Terbeliak mata Fatin membaca message itu. Hampir luruh jantungnya!

“Eh sayang, buat apa dengan handphone I tu. Pulangkan balik…”

“Who’s Natasya, Hariz??” Jelas Hariz terkejut dengan soalan cepumas yang diberikan Fatin.

“Natasya?? Ouh, my friend’s girlfriend. Tadi dia pinjam handphone I, handphone dia bateri kong.” Yakin saja mukanya memberikan keterangan. Fatin masih tak berpuas hati.

“Are you sure?”

“Oh, come on sayang… Don’t you trust me?” Hariz menuturkan kata sambil membuat memek muka kesian. Dan seperti biasa, Fatin mengalah, dia percaya Hariz takkan mempermainkannya.

“Buang message tu, I tak suka.”

“Okay sayang… ish, dahlah... spoiled mood lar! Tu makanan dah sampai, kita makan dulu ya.” Pujuk Hariz. Fatin hanya mengganguk mengiyakan ajakkan Hariz. ‘Dahlah Fatin, takde apa-apa tu…’ Bisik hati kecilnya.

“Errmmm….”

………………………………………………………………………………….

“Fatin!”

“Err… Mama..” Terkejut Fatin bila tiba-tiba disapa oleh Datin Maimon. Langkah kakinya terbantut.

“Tak payah kau nak panggil aku Mama, benci aku dengar!” Balas Datin Maimon kasar. Fatin mengeluh, sampai bila wanita dihadapannya ni nak berubah, dia pun tak pasti.

“Ada apa Ma, eh Auntie..?”

“Aku nak kau suruh Irham ceraikan kau dan tinggalkan kami!” Ucap Datin Maimon. ‘Wahh! Semudah itu dia menyuruh aku untuk berbuat itu dan ini!?’ Bentaknya didalam hati. Dia sendiri sangat menginginkan hal itu, tapi anaknya saja yang tak mahu melepaskan dia.

“Auntie beritahulah dia sendiri, saya dah banyak kali cakap, tapi Abang Ir tetap tak mahu…” Balasnya. Jarang sekali dia dapat berbuat begitu, selalunya dia hanya mampu tunduk memandang lantai.

“Dah pandai menjawab kau sekarang ni??” Datin Maimon tiba-tiba naik angin.

“Bukan macam tu, Auntie kan Mamanya Abang Ir, mungkin kalau Auntie yang cakap, Abang Ir akan dengar….”

“Kau ni macam takde otak nak fikir kan!!!” Marah Datin Maimon, ringan saja tangannya menolak Fatin. Tapi entah di mana silapnya, Datin Maimon tak perasan yang kedudukan Fatin terlalu hampir dengan tangga. Mungkin tolakkannya terlalu kuat sehingga menyebabkan Fatin terdorong ke belakang, dan…

“Auntie!!!” semuanya sudah terlambat, Fatin kini sudah pun terbaring kaku di kaki tangga. Darah pekat mula keluar mengalir melalui kepalanya. Dari atas tangga, Datin Maimon kelihatan tersenyum puas.

……………………………………………………………..

“Isk! Sa..kit…”

“Fatin…. Alhamdulilah, Fatin dah sedar. Jangan banyak bergerak ya…” Irham lega, ubun-ubun gadis itu diusapnya lembut… sedari pagi dia di situ. Panggilan telefon dari bibiknya benar-benar membuatkan jantungnya berhenti berdegup. Mujurlah tiada apa yang serius. Cuma luka di kepala dan pergelangan kakinya yang retak sedikit. Walaupun begitu, hatinya tetap risau.

“Hariz…,” Irham tersentak bila nama itu yang disebut Fatin. Air mukanya berubah.

“Hariz takde kat sini Fatin… Fatin berehatlah dulu, jangan banyak bercakap…” Irham masih mampu memujuk, walau dia tahu hatinya sakit. Sakit?? Kenapa perlu aku rasa begitu?? Wajah pucat Fatin dipandangnya. Mungkinkah aku sudah mula menyayanginya? Atau lebih tepat mencintainya?? Irham berteka-teki sendiri.

“Abang Ir… tolong cari Hariz, Aten mahukan dia…” Balas Fatin dalam nada seakan mahu menangis. ‘Abang ada disini Fatin, kenapa mesti dia?’ Soalnya seakan mahu isterinya mengerti tentang kehadirannya disini.

“Syhh… sudahlah Fatin, nanti Abang cari dia..” Putusnya. Dia mengalah. Sebuah keluhan berat dilepaskannya.

Sesudah saja Irham berjanji untuk mencari Hariz, Fatin terus senyap, mungkin kesan ubat masih lagi berbaki, dia terlena. Irham membetulkan selimut isterinya dengan penuh kasih sayang, anak rambutnya diusap lembut dan sebuah kucupan hinggap di dahi Fatin. Dia kemudiannya berlalu keluar dari bilik itu, ada hal yang mahu ‘diselesaikan’! Desisnya. Tentang Hariz, dia akan cuba mencari, tapi dia tak ‘janji’ dia akan membawanya kepada Fatin.

……………………………………………..

“Mama yang tolak Fatin kan??” Soalan itu dibalas dengan jelingan tajam.

“Kau jangan nak salahkan aku pula! Aku takde kena mengena dalam hal ni, dia jatuh sebab dia tu bodoh! Cuai!” Bidas Datin Maimon.

“Irham kenal Mama, Irhan tahu Mama yang rancang benda ni!” Irham sudah mula meninggikan suara.

“Kau jangan nak menangkan sangat betina sial tu lah!! Aku ni Mak kau, tak masuk syurga kalau kau menderhaka dengan aku!!” Datin Maimon cuba mengugut.

“Ma… kenapa Mama? Kenapa Mama bencikan sangat Fatin tu, apa salah dia? Irham tak pernah Nampak pun Fatin berbuat silap dengan Mama…”

“Aku benci dia sebab dia dah merampas kasih sayang aku!!”

“Apa maksud Mama??”

“Sejak dia tinggal sini, semua orang dah tak pedulikan aku! Sikit-sikit dia, sikit-sikit betina tu!! Sampailah Papa kau tinggalkan aku, nama FATIN yang dia sebut-sebutnya. Aku langsung tak dipedulikkan. Entah apa betina tu dengan Mak dia dah guna-guna Papa kau sampai dia tinggalkan aku! Kau takkan tak pernah sedar, selepas saja Mak betina tu mampus, Papa kau terus ceraikan Mama?? Aku dah lama fikirkan hal tu, Papa kau memang curang, sanggup dia pilih perempuan yang tua tu daripada aku. Kalau aku dah benci mak dia, dengan anak-anak dia sekali aku benci!! Fatin tu pembawa sial! Perampas kebahagian aku!!! Kalau dia minta maaf sekali pun, sampai mati aku takkan maafkan dia! Sampai mati!!” Datin Maimon seperti hilang akal.

“Astaghfiruallahalazim Mama… apa yang Mama cakap ni?? Bawak mengucap Ma… Kasih sayang apa yang dia rampas dari Mama? Kami semua sayangkan Mama, tiada tolok bandingan Ma… dan kalau Mama anggap Papa ceraikan Mama disebabkan hal arwah Mak Uda dan Fatin, Mama silap. Itu semua berpunca dari sikap Mama sendiri… Sikap Mama yang terlalu mengongkong Papa dan cemburu buta. Arwah meninggal kerana nak selamatkan Irham Ma, selamatkan Irham daripada mati dilanggar kereta, kalau tiada dia, sudah pasti tempat Irham bukan disini lagi. Hmmm… Tolonglah faham. Dalah hal ni, Irham rasa Mama yang patut minta maaf dengan dia. Dia Cuma menumpang kasih sayang dari kita Ma… Tak lebih dari tu.” Pujuk Irham. Dia tak sangka selama ini Mamanya bersikap dingin adalah disebabkan hal itu, hal ‘kasih sayang’ yang direbut dari seorang anak yang yatim piatu!

“Aku tak peduli!! Aku tak mahu tengok dia lagi dalam rumah ni!! Aku nak kau ceraikan dia, dan halau dia dari sini!! jangan kata dia, bayang-bayang dia sekalipun aku tak mahu lihatt!!”

“Hmm… Baiklah Mama… Kalau itu yang Mama nak sangat, Irham akan buat dia hilang terus dari bayangan Mama, tapi Irham takkan ceraikan dia. Sampai akhir nyawa Irham pun, tak akan! Irham akan bawa dia keluar dari rumah ini, dan… Irham juga akan ikut dia.” Putus Irham.

“Hah?? Irham nak tinggalkan Mama juga?” Nada suara Datin tiba-tiba berubah berlahan. Dia panik! Hanya Irham yang dia ada sekarang, takkan dia pun nak tinggalkan aku!!?

“Fatin isteri Irham Mama… Dia tanggungjawab Irham… Irham akan selalu bersama dia, walau kemana sekali pun…” Balasnya.

“Tanggungjawab Irham pada Mama pula bagaimana??”

“Irham tak lupa tanggungjawab Irham pada Mama, tapi tolonglah Mama… Tolonglah berubah. Irham tak sanggup untuk lihat dua wanita yang Irham sayang bertelagah sesama sendiri. Hmm.. Irham akan pulang, bila Mama sudah betul-betul insaf dan ingin berubah.” Akhirinya serius, sambil berlalu meninggalkan Datin Maimon yang terkapai-kapai sendirian.

“Irham… jangan tinggalkan Mama….” Hanya itu yang mampu diucapkannya. Anak lelaki itu sudah semakin hilang dari pandangan matanya.

++++++++++++++++++++++++++++++

“Eh, Abang Ir mahu bawa Aten ke mana??” Soal Fatin bila dirasanya Irham membelok ke laluan yang salah. ‘

“Ke rumah baru kita.” Jawab Irham ringkas, dia masih lagi focus dengan pemanduannya.

“Rumah baru?? Kenapa ada rumah baru pula??” Soal Fatin sedikit terkejut.

“Fatin masih lagi nak tinggal serumah dengan Mama?” Soalan Fatin berbalas soalan. Dahinya berkerut.

“Err… Aten.. Atenn…

“Sudahlah Fatin… Abang faham perasaan Fatin, kita tinggal dulu disini sampai keadaan reda ya. Bila semuanya sudah kembali normal, kita akan balik lagi tinggal dengan Mama…” Balas Irham. Sebuah senyuman terukir diwajahnya. Fatin hanya tersenyum mengangguk mengiyakan kata-kata suaminya, eh suami?? Hihi.

‘Baiknya dia ni…’ Hati kecil Fatin berbisik. Irham dipandangnya tanpa suara. ‘Kacak juga lelaki ni, tulah… belum sempat mereka habis bergosip dulu, sudah dikhawinkan, lepas tu macam-macam issues baru yang timbul. Tak sempat dia nak meneliti setiap inci wajah lelaki yang kini sudah pun sah menjadi suaminya.

“Jangan dipandang Abang macam tu, nanti takut Fatin terjatuh cinta pula dengan Abang…” Seloroh Irham. Fatin tersentak, cepat-cepat dia alihkan pandangan matanya keluar tingkap kereta.

‘Alamak, malu!’

Irham hanya tersenyum didalam hati. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang sedang berlaku diantara mereka. Terutamanya dia, tapi dia tak pasti ‘apa’ disebalik sesuatu itu.

………………………………………………………………

“Dah sampai………”

Bulat mata Fatin memandang kearah rumah banglo yang tersergam indah di depannya.

“I… I..ni rumah Abang Ir?” Soalnya tergagap-gagap.

“Ini rumah kita sayang…” Jawab Irham mesra. Panggilan ‘sayang’ itu bisa menggetarkan jantung sesiapa yang mendengar. Termasuklah Fatin, lidahnya menjadi kelu untuk membalas.

“Fatin tunggu disini dulu… Biar Abang unlocks semua dulu, nanti senang sikit Fatin nak masuk… lagipun kaki tu masih belum pulih lagi.”

“Eh, tak apalah… Fatin boleh..” dan seperti biasa ada saja yang akan dilawan Fatin. Dia bukan apa, tak mahu dilayan begitu. Terlalu baik dengannya? No, jangan! Dia taknak nanti tiba-tiba dia teralih arah dari Hariz ke Irham… Err.. tak mungkin!

“Fatin please… jangan degil. Duduk sini dulu ya.” Arahnya lagi, belum sempat Fatin membalas Irham sudah pun hilang dari pandangan matanya.

…………………………………………………..

“Bilik kita diatas… Sorry, bilik bawah masih belum siap sepenuhnya.” Terang Irham. Fatin hanya memandang lelaki itu atas bawah, ‘tak siap atau sengaja?’ dia mula berfikiran negative. Diperhatikan tangga rumah tu yang kini betul-betul bertentangan dengannya. ‘Aduh! Trauma!’ bisiknya. Risau hatinya terpancar jelas diraut wajahnya.

“Aten nak bilik sendiri…” Eh! Apa yang difikir tak sama dengan apa yang hendak dicakapkannya.

“Kenapa? Kenapa taknak sebilik dengan Abang?” Soal Irham kehairanan.

“Sebab dulu Abang Ir kata, kita sebilik sebab taknak Mama fikir bukan-bukan tentang hubungan kita. Sekarang kita dah tinggal asing dari Mama, so, bilik kita pun kenalah asing…” Jawabnya. Irham hanya mampu menggarukan kepalanya yang tak gatal.

“Tapi…

“Kalau Abang Ir tak kasi, Aten tidur di sofa tu sajalah..” Bidas Fatin sambil menundingkan jarinya ke arah sofa putih yang terletak di ruang tamu itu. Irham mengeluh.

“Hmm… okaylah, Abang takkan paksa. Tapi bilik atas ya.. sebelah bilik Abang..” Pintanya. Orang tak sudi takkan nak paksa pula kan.

“Atas?? Kat bawah takde bilik ke??” Soalnya, ‘Ni yang malas nih! Macam mana nak naik kalau kaki pun dah tempang!’ Rungutnya.

“Kan Abang dah cakap, bilik bawah tak siap lagi…”

“Sure?” Soal Fatin lagi, dia agak was-was untuk mempercayainya.

“Betul, Fatin nak tengok ke?” Pelawa Irham.

“Ermm… takpelah!”

“Fatin kenapa ni, cemas je.. Fatin tak selesa ya? Jangan risau, Abang takkan buat apa-apa, Abang tau batas-batas Abang…”

“Bukanlah macam tu…” Fatin mula rasa serba salah. “Aten cuma tak berapa yakin nak naik tangga ni…” Beritahunya. Irham mengganguk, dia faham. Kaki Fatin masih berbalut.

“Mahu Abang tolong?” Soalnya. Fatin mengerutkan dahinya.

“Tolong macam mana?”

“Abang dukung Fatin sampai ke bilik..” Terbeliak mata Fatin bila mendengarkan cadangan itu.

“Err… takpelah. Not a good idea I guess.”

“Fatin.. Anggap saja Fatin sakit dan perlukan bantuan seseorang. Jangan fikirkan sangat pasal perasaan Fatin tu. Okay?” Irham cuba meyakinkannya.

“Hmmm…”

“Please… atleast bagi Abang peluang untuk jalankan tanggungjawab Abang sebagai seorang suami. Abang taknak tanggung dosa sebab mengendahkan isteri Abang yang sedang sakit…”

‘Aduh, kalau dah masuk bab-bab agama ni, perlukah aku berbidas lagi??’ Soalnya pada diri.

“Hmm..Okaylah…” Akhirnya dia mengalah. Aku tak perlu untuk pentingkan diri sendiri. Semua ni untuk kebaikkanku juga. Fikirnya untuk menyedapkan hati.

Selepas kata setuju dari Fatin, perlahan-lahan Irham merapatinya. Jantung Fatin bergerak laju saat ini. Peluh sudah mula memercik keluar dari badannya. Dengan lembut Irham memaut kaki dan bahu isterinya. Kini Fatin sudah pun berada di dalam rangkulannya. Hatinya turut berdebar-debar disaat kulitnya bersentuhan dengan isterinya itu. Wajah Fatin ditenungnya.

“Fatin jangan takut, Abang takkan cederakan orang yang Abang sayang…” Ucapnya seraya mula melangkahkan kakinya. Fatin seperti tadi, diam membisu. Yang jelas kedengaran hanyalah bunyi dengupan jantung mereka yang sedang bergerak pantas.

……………………………………………………………..

“Aten nak jumpa Hariz, Abang Ir bawa Aten pergi jumpa dia esok ya?” Pinta Fatin. Irham yang agak terkejut dengan permintaan itu cuba berlagak tenang. Wajah isterinya yang sedang asyik menonton televisyen direnungnya tajam.

“Kenapa Fatin nak jumpa dia?” Soal Irham, walau dia tahu jawapan yang akan diberikan.

“Rindu” Jawab Fatin selamba seraya memasukkan keropok twisties ke mulutnya. Tiada langsung rasa bersalah yang dalam dirinya.

“Erm. Okay.” Jawab Irham ringkas. Dia mengalah, tidak perlu lagi membantah kalau itu yang sudah dipersetujui olehnya sendiri. Fatin menoleh memandang lelaki itu. ‘Mudah benar berkata okay!’ Getusnya.

“Kenapa pandang?” Fatin tersentak bila Irham menyergahnya secara tiba-tiba.

“Err… nothing!” Balasnya. Dipalingkan kembali wajahnya mengadap tv.

“Lately ni Abang tengok Fatin selalu curi-curi pandang Abang…” Mendatar saja itonasi Irham. Hampir terkeluar biji mata Fatin bila ‘dituduh’ begitu.

“Eh, perasan!” Tingkahnya.

“Itu cuma perasaan Abang je, kalau Fatin nak deny pun, Abang tak boleh nak cakap apa. Hmm… Oklah, Abang masuk tidur dulu. Fatin nak ikut? Fatin pun belum sihat sepenuhnya lagi…”

“Takpe, Abang Ir pergi dulu. Nanti Aten menyusul.” Jawabnya.

“Okay, nanti dah nak tidur panggil Abang.” Arahnya.

“Buat apa panggil?” Fatin pelik. ‘Nak solat sunat ke?’ Fikirnya.

“Nak dukung Fatin naik ataslah.”

“Err… tak perlu dah, Aten boleh naik pelan-pelan. Don’t worry.” Fatin mengelak. Apa kes setiap kali nak kena berdukung. Irham mengeluh. Satu sikap yang dia pasti tentang isterinya ini adalah sikap degilnya. Tak boleh dipaksa, kalau tak panjanglah muncungnya sedepa. Hmm.

“Okay, tapi kalau ada apa-apa panggil. Jangan senyap sorang-sorang. Abang suami Fatin, kena selalu ingat tu… Erm, Abang naik dulu ya…” Kata Irham. Fatin mengganguk, tapi sebenarnya dia pun taklah berani mana nak duduk kat bawah ni mengadap tv sorang-sorangkan. Action je lebih!~ Dipandangnya Irham yang sudah semakin jauh meninggalkannya dan tiba-tiba tak semena-mena dia terasa ada sesuatu yang meniup angin ke telinganya. Gulpp!!~

“Eh, Abang Ir!!” Laungnya. Langkah kaki Irham terhenti tatkala laungan Fatin menerjah ke telinganya. Dia menoleh. Dia tersenyum melihat gelagat Fatin yang kelam kabut untuk mendapatkannya. ‘Adalah tu~’ Desisnya.

“Dah kenapa?? Tukar fikiran pula?” Soalnya.

“Err… Aten dah ngantuk. Aten nak tidur…” Ngomelnya. Alahai, manjanyaa~ Berderau darah Irham ketika itu.

“Jomlah! Apa tunggu lagi…” Sergahan Fatin mengejutkan Irham dari angan-angannya. Dia tersengih.

“Tadi ngantuk sangat, sekarang dah tersengih macam kerang busuk pula!” Bebel Fatin sambil berjalan mendahului Irham yang masih lagi tersenyum simpul. Entah apalah yang disenyumkannya tu. Grr!~

“Esok pergi pagi tau? Nak suprisekan Hariz!” Ujarnya sekaligus mematikan senyuman di wajah Irham.

‘Tak habis-habis dengan Hariz dia! Hmm…’ Tingkah Irham seraya mengekori langkah Isterinya.

++++++++++++++++++++++++

“Fatin tunggu dalam kereta ni kejap. Abang nak pergi bank, alang-alang dah kat sini Abang malas nak berulang.” Fatin dipandangnya dengan pandangan mengharap. Dia sengaja sebenarnya mahu melengah-lengahkan pertemuan Fatin dengan Hariz.

“Erm… Cepat sikit, nanti tak sempat nak jumpa dia.” Fatin memberi keizinan tapi dengan ayat yang bisa membuatkan hati lelaki itu mual! Tanpa sedar, Irham mencebik.

“Abang Ir kenapa? Tiba-tiba buat mulut macam tu?” Soal Fatin hairan.

“Err, takde apa-apa. Ok, Abang pergi dulu.” Jawab Irham lantas keluar dari keretanya. Fatin hanya memerhatikan Irham dari jauh. Dua tiga langkah lagi untuk sampai ke pintu bank, Irham tiba-tiba disapa oleh seorang perempuan. Siapa tu?? Cantiknya…. Persis model! Bisik hati kecil Fatin, dengan ekor mata dia memerhatikan gerak geri mereka.

…………

“Irham!”

“Eh, Bella!” Jelas kelihatan raut wajah Irham yang sangat gembira bila tiba-tiba saja dia disapa oleh gadis itu.

“Oh My God! Long time no see… What are you doing here?” Lantas mereka berpelukkan mesra.

…………

“Erk!! Apa niee??” Fatin yang sedari tadi asyik memerhatikan gerak geri mereka terkejut, adrenalin darahnya dirasakan mengalir laju ke seluruh urat sarafnya. ‘Kenapa peluk?? Siapa perempuan tu?? Ishh!!’ Pelbagai soalan yang berlegar di kotak pemikirannya… Cemburu?? dan tidak semena-mena dia membuka pintu kereta dan tahu-tahu saja sudah berada dihadapan mereka berdua. Lengan Irham dipautnya.

“Eh Fatin… Lar, kan Abang dah cakap tunggu dalam kereta. Panas ni kat luar…”

“Kat ‘dalam’ lagi ‘panas’…” Jawabnya. Perempuan dihadapannya itu ditenung tajam.

“Eh, bella kenalkan my wife, Fatin… Fatin ni cousin Abang sebelah Papa, Bella…… Kami memang close sejak kecil, since Papa dan Mama divorce kami dah terus lost contact, tak sangka boleh jumpa kat sini.” Terang Irham. Jelas dan nyata, mereka adalah saudara. Air muka Fatin berubah terus.

‘Erk! La cousin rupanyaa… err! Malunya! Malunya!!’ Tanpa sedar pautannya di lengan Irham semakin kuat. Irham perasan dengan situasi itu, hatinya entah kenapa berbunga kembang, Fatin cemburu??

“Hai Fatin…” Tegur Bella, tangan dihulur tanda perkenalan. Fatin teragak-agak untuk menyambut, perasaan malu kerana berprasangka buruk sudah bermaharajalela di dalam dirinya.

“Wah! Cantiknya wife you Ir… Tak bagitahu pun dah kahwin! Ha, ni yang nak marah ni…” Bella pura-pura tarik muka. Irham tersengih, Fatin? Entah, susah nak gambarkan bagaimana emosi di raut wajahnya ketika ini.

“Bukan taknak inform Bell, tapi rushinglah sebab I pun tak lama lagi nak balik UK, further study dan kerja terus di sana… so, nak taknak, kena kahwin cepatlah… senang, dah halal bolehlah dibawa kesana kemari. Kan sayang?” Pipi Fatin dicuitnya. Mahu terencat rasa hati Fatin, bila mendengar ayat yang baru saja keluar dari mulut Irham, ‘Balik UK?? further study dan kerja disana??’ Apa maksud dia ni?? Betul ke atau tipu-tipu?? Hatinya berteka-teki sendiri. Tak tahu apa yang harus dibalas.

“Err.. Ha’ah.” Itu saja yang mampu dikeluarkan dari mulutnya. Bella dan Irham hanya memandang satu sama lain, entah apa yang bermain difikiran mereka ketika ini. Mulalah Fatin rasa makin tak selesa.

“Abang Ir, kita dah lambat.” Ucapnya.

“Oh, yelah! Oklah Bell, we need to go lah… Ada hal sikit, maybe later kita boleh hang out sama-sama.”

“Okay, maybe later kita sembang lama. I pun ada kerja sikit ni” Jawab Bella, mereka kemudiannya bersalaman dan membawa haluan masing-masing.

……………………

“Kenapa Fatin keluar dari kereta tadi?” Soal Irham bila kedua-dua mereka sudah pun selesa berada di dalam perut kereta, perjalanan yang terhenti disambung semula.

“Entah, tiba-tiba je nak keluar” Jawab Fatin, Irham senyum.

“Fatin cemburu ya?” Duga Irham. Fatin tersentak, ‘Cemburu?? Erkk, obvious sangat ke?’ Hatinya berdegup kencang.

“Taklah, nonsense! Fatin saja keluar, atleast dapat juga Fatin berkenalan dengan cousin-cousin Abang Ir.. Cantikkan dia...” Fatin cuba mengelak.

“Alah, Isteri Abang ni lagi double triple cantik dari dia, plus comel lagi…” Irham cuba mengambil hati Fatin, ego wanita itu terlalu tinggi untuk ditumbangkan. ‘Cakap sajalah yang Fatin cemburu, Abang akan bahagia bila mendengarnya…’ Bisik hati kecilnya dengan senyuman masih terlakar jelas diraut wajahnya.

“Dah tak payah nak puji Aten lebih-lebih, cepatlah kita dah lambat ni, nanti tak sempat nak jumpa Hariz!”

‘Erkk!! Ish, lagi-lagi Hariz!!’ Irham geram! Pedal minyak ditekan sehabis boleh.

“Abang Irr!!!”


++++++++++++++++++++

“Okay, Abang Ir baliklah…” Arah Fatin, muka Irham masih masam mencuka. Fatin tidak menghiraukan langsung reaksi Irham, yang difikirkan sekarang hanyalah Hariz. Dibetulkan make up dan rambutnya serba sedikit. Tak sabar saja gayanya nak bertemu dengan lelaki itu.

“Macammana Fatin nak balik nanti? Nak Abang ambil?” Irham masih berusaha untuk berlembut dengan isterinya, walaupun hatinya sakit.

“Tak apalah, Fatin boleh suruh Hariz hantarkan.” Jawabnya lantas keluar dari kereta. Macam takde perasaan langsung terhadap suaminya yang masih setia tercongok didepan mata. Irham mengeluh. Dia terasa hati dengan sikap Fatin, tapi nak buat macam mana dia yang bersetuju untuk diperlakukan begitu, tapi… mana nak tahu perasaannya akan jadi sampai begini. Soal hati, siapa yang tahu! Hmmm…

‘Wahai Isteri… tidakkah kau mengerti, hati ku juga perlu dijaga…..’ Sebuah keluhan berat dilepaskan.

…………………………………

Fatin kelihatan tak sabar untuk menemui kekasih hati yang sudah lama tidak dijumpainya. Time-time sekarang dia akan keluar untuk lunch, Fatin sengaja mahu mebuat kejutan pada Hariz, Masa dia terlantar di wad, tidak sekali pun Hariz datang menemuinya. Menelifonnya juga tidak. Ermm… Mungkin dia malu, sebab Irham sentiasa ada disisi. Handphonenya juga sudah pecah dek kejadian yang menimpanya tempoh hari. Habis berkecai! Belum sempat lagi untuk dia dapatkan yang baru, nak minta dari Irham, malu, takut difikir bukan-bukan. Niat hati mahu saja dia merajuk dan memarahi Hariz, tapi bila fikirkan hal itu, Fatin tak jadi langsung nak marah dengan lelaki itu. Kesian Hariz, mungkin dia pun sedang sangat merindukannya saat ini. Fikirnya. Pandangan dilemparkan jauh, tak sampai beberapa minit, dia sudah nampak kelibat Hariz yang segak mengenakan kemeja dan Tie, hari ni hari Isnin, so nak taknak memang kolejnya mewajibkan semua student-nya untuk memakai pakaian formal. Bibirnya mengukir senyum. Langkah kaki mula diatur perlahan.

“Sayanggg….!” Langkah kaki Fatin terhenti bila mendengar laungan itu. Tidak, bukan dia yang melaungnya. Hatinya berdebar bila terlihatkan seorang wanita yang boleh dikatakan agak seksi datang menghampiri Hariz. Mesra saja Hariz menyambut wanita itu dengan senyuman.

‘Ish! Siapa lagi nie?? Takkan cousin Hariz juga?? Apa hari ni hari bertemu sedara mara ke??’ Fatin menduga. Gelagat mereka berdua diperhatikan dari jauh. Mereka berpelukan sambil berjalan berpegangan tangan dan berbual mesra. ‘Takkan cousin boleh serapat ini!!?’

“Hariz!” Fatin mula hilang sabar. Lelaki itu mencari kelibat suara yang memanggil. Jelas kelihatan wajahnya yang terkejut bila terlihatkan Fatin.

“Eh, Fatin… Lama tak nampak? Ingat ke dah berhenti kolej… Senyap je…” Macam tu saja sapaan yang diberikan padanya?? Macam tiada apa-apa yang jadi??

“Siapa perempuan ni Hariz?” Soal Fatin.

“Oh, let me intoduce you, my future fiancĂ©, Natasya… and Natasya meet my colleague, Fatin.” Wanita yang diperkenalkan sebagai ‘Future fiance’ tu menghulurkan tangan. Natasya? Fatin macam pernah kenal nama itu, Hariz ditenungnya tajam.

“Future fiancĂ©?? Apa maksud you Hariz? I ni siapa?” Soalnya. Air matanya sudah bertakung.

“You? You kawan I lah! Ouh come on, jangan nak buat ayat kontroversi kat sini ya and please jangan nak berdrama.” Tingkah Hariz. Air mata Fatin mula mengalir perlahan melalui pipinya. Dipandangnya ‘Natasya’ yang masih lagi memaut pinggang Hariz dengan pandangan berkaca, wanita itu hanya mendiamkan diri sambil tersenyum sinis memerhatikannya.

“Apa semua ni Hariz?”

“Enough is enough Fatin, I malas nak kacau hubungan you dengan suami you, I masih muda, I nak enjoy! I tak suka terikat! ...and by the way…” Pelukkan mereka dileraikan, dan Hariz perlahan menariknya ke tepi, agak jauh sedikit dari wanita itu.

“Thanks to your husband.” Bisiknya ke telinga Fatin.

“Thanks for what?? Thanks sebab buat hubungan kita jadi macam ni???” Marah Fatin. Air mata yang semakin laju mengalir dikesatnya perlahan.

“Nope, thanks untuk duit yang dia ‘hadiahkan’ pada I…”

“Duit? Hadiahkan pada you?? Apa maksud you?”

“Yup! You ingat tempoh hari? Yang dia datang jumpa I untuk terangkan semuannya pada I?” Hariz menyoal. Keningnya diangkat sedikit. Fatin mengganguk.

“Dia datang bukan dengan tangan kosong….” Ujar Hariz membuatkan Fatin curiga.

“Habis tu?” Soalnya.

“Well… I offered him, I’ll let you go if he willing to give me anything that I want…. And guess what? I choose money …” Kata Hariz bersahaja.

“What???” Hampir terkeluar bola mata Fatin ketika ini.

“You cakap dengan I, siapa yang taknak duit kan??”

“Berapa dia bagi you???”

“Tak perlulah you tahu, tapi cukuplah kalau I kata cukup untuk sara hidup I…”

“Hariz, perbuatan you memang keji!! You jual cinta I dengan duit???” Marahnya pada lelaki itu meluap-luap, dada bidang lelaki itu dipukulnya beberapa kali.

“Hey!! Kau tak perlu nak sedih sangatlah! Kau tu pun apa kurangnya… sudah bersuami tapi masih mengharap kat orang lain! Berseronok dengan aku tapi tidur dengan lelaki lain!”

Pangggggg!! Tanpa sedar Fatin menampar pipi lelaki itu.

“You memang lelaki tak guna Hariz!! You tahu I tak buat semua tu! You tahu I hanya sayang you seorang kan??” Hariz senyap, mungkin masih terkejut bila Fatin menamparnya, pipinya dikesat beberapa kali.

“Hmm… Baiklah! I pun tak ingin nak jumpa you lagi, but please remember one thing, with all my heart, I nak you tau, I sangat-sangat menyesal sebab pernah kenal dan bercinta dengan lelaki yang macam you!!” Herdik Fatin, lantas berlalu meninggalkan Hariz yang masih sepi tanpa sebarang kata.

………………………………………………..

‘Harap maaf, nombor yang anda dial berada di luar kawasan……………’

“Fatin…. Please pick up your phone… Mana Fatin pergi ni??” Irham cuba lagi. Sejak petang tadi, dia cuba menghubungi Fatin, tapi tak Berjaya.

Tuttt…Tuttt..

“Hello.” Akhirnya… Alhamdulilahhh… Lega hati Irham bila Fatin menjawab panggilannya.

“Fatin? Fatin kat mana? Puas Abang call……

“Fatin okay, balik lambat sikit, ada hal. Jangan tunggu Fatin, Abang Ir tidurlah dulu…….”

“Fatin…..

Tutt…Tutttt….Tuttt… Talian dimatikan. Irham mendengus. Terduduk dia di bangku sofa mengenang nasib dirinya.

‘Fatin kenapa buat Abang macam nie… I am worried about you..’ Keluhnya.

‘….. Hmm… mungkin dia sedang happy dengan Hariz.’ Tidak mahu terlalu berfikiran negative, hanya itu yang mampu dia fikirkan. Dihayun kakinya longlai melangkah masuk ke bilik.

…………………………………

Fatin mematikan handphonenya dan dimasukkan kembali ke dalam beg. Dia tahu lelaki itu pasti sedang merisaukannya. Dipandangnya sekeliling, entah kenapa hatinya tergerak untuk kesini. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Masjid yang digelar sebagai Masjid besi di Putrajaya. Segah namanya. Akur dengan kata hati, setelah apa yang jadi pada hari ini, mungkin Allah yang menggerakkannya untuk kesini… supaya dia lebih mengingatkan Dia, yang Maha Pencipta. Pili air di buka….

‘Sahaja aku mengambil wudu’, tunai kerana ALLAH Taa’la……..’

………………………………..

“……….. Adapun Syurga seorang Isteri itu terletak dibawah telapak kaki Suaminya…. Oleh itu taatlah anda Para Isteri dengan Suami anda, nescaya balasan Syurga yang menanti anda kelak… Selalulah kembali kepada Suamimu dan carilah Maafnya, Sabda Rasulluah S.A.W, “Mahukah aku beritahu kepada kalian-kalian semua, Isteri kamu yang menjadi ahli-ahli syurga adalah Isteri yang mentaati suaminya dengan penuh kasih sayang, yang selalu kembali pada suaminya dikala tenang atau marahnya……….................. Tidak bau syurga kamu Wahai para Isteri jika kamu mengingkari dan tidak mentaati suami kamu sendiri…………………………..

Kata-kata dari seorang ustazah itu disambut Fatin dengan linangan air mata, teringat kembali layanan yang diberikannya pada Irham, suaminya sendiri;

“Ya Allah… Berdosanya aku pada suami ku sendiri…. Aku khilaf Ya Allah, Aku berdosa kerana tidak mentaatinya dan selalu tidak menghiraukannya…. Aku berdosa Ya Allah…… Kau bantulah aku untuk kembali padanya………. Bukakanlah hatiku untuk ikhlas menerimanya sebagai suamiku... Bantulah aku hamba mu yang hina ini…… Amin Ya Rabbalalamin..” Di dalam masjid itu sambil bertemankan cahaya lampu suram Fatin menangis semahu-mahunya menyesali kesalahan diri. Tak pernah dia sedar, sudah terlalu banyak kesalahan yang telah dia lakukan pada suaminya sendiri… Entah kenapa, tiba-tiba dia sangat merindukan Irham… Tersedu-sedu dia menahan tangis.

……………………….

Pintu bilik dikuak perlahan... bimbang akan mengejutkan Irham yang mungkin sedang nyenyak tidurnya. Setelah hampir separuh pintu terbuka, jelaslah kelihatan Irham yang sedang tidur membelakangkannya. Sepi tanpa sebarang bunyi dia merapati katil itu dan dengan perlahan dia merebahkan dirinya bersebelahan Irham. Sebak hatinya bila terkenangkan kejadian yang menimpa dirinya siang tadi, lagi sebak bila terkenangkan Irham, lelaki yang tidak pernah dianggapnya sebagai suami. Fatin menangis lagi, ditekup mulutnya dengan tangan bagi menyembunyikan esak tangis. Untuk pertama kali dia memberanikan diri untuk bersentuhan dengan suaminya, pinggang lelaki itu dipaut dan dipeluknya erat. Dirapatkan pula tubuhnya dengan tubuh Irham. Dan sampai ditahap itu, dia tak mampu lagi untuk menyembunyikan esak tangisnya, jelas kedengaran di cuping pendengaran Irham. Lelaki itu tersedar dari tidurnya.

“Fatin…. Eh Fatin, Kenapa ni?...” Soal Irham hairan dengan tingkah isterinya. Tambah hairan bila Fatin memeluknya erat sambil menangis teresak-esak. Dipalingkan tubuhnya mengadap Fatin. Rangkulan yang agak kuat menyukarkannya untuk mengerakkan badannya.

“Syhh… Sayang, kenapa ni? Kenapa menangis ni?... Ada apa-apa yang jadi ke tadi?, Cakap dengan Abang…” Pujuk Irham. Anak rambut Fatin diusapnya lembut. Risau pula hatinya bila melihatkan keadaan Fatin.

“Tak ada apa-apa, Aten cuma rindukan Abang….” Irham agak terkejut bila Fatin mengutarakan hal itu, Fatin rindukan aku?? Isteri aku rindukan aku?? Berkali-kali dia mengosok matanya, takut kalau-kalau dia hanya sedang bermimpi. Tapi nyata! Dia bukan bermimpi, isterinya memang sedang dan telah pun berada didakapannya kini.

“Tapi, takkan………………”

“Abang…. tolong peluk Aten….” Pinta Fatin sebelum sempat Irham menghabiskan ayatnya. Irham kehilangan kata, lidah kelu untuk meneruskan ayatnya yang masih lagi tergantung dan perlukan jawapan. Tak mahu berfikir terlalu panjang, Irham terus membalas pelukkan isterinya kemas.

“I just want to be in your arms tonight….” Ucap Fatin penuh syahdu. Tanpa sedar kata-katanya disambut dengan linangan air mata seorang suami. Tak pernah Irham sangka akhirnya akan begini.

‘Ya Allah….. Terima kasih kerana telah membukakan hatinya untuk menerima ku……. Jika ini adalah permulaannya, Kau satukanlah hatiku dan hati isteri ku dalam cahaya kasih sayang mu…’ Dengan penuh rasa rendah diri, dia memanjatkan syukur kehadrat Illahi…

++++++++++++++++++++++

“Abang, Aten nak shopping baju kemeja hari ni… Nak pakai time pratikal” Bangun tidur saja Fatin terus mengajaknya untuk keluar membeli belah, entah apa yang membuatkannya jadi begitu, Irham kurang pasti. Dia takut untuk bertanya. Bimbang kalau-kalau soalannya nanti akan merosakkan mood Fatin, biarlah dia begitu, setidak-tidaknya Irham bahagia. Wajah Isterinya dipandang dengan penuh kasih sayang.

“Fatin nak shopping kat mana?” Soalnya.

“Any place will do…” Jawab Fatin dengan jelingan manja. Terpana Irham melihat tingkah isterinya.

“KLCC?” Soalnya lagi.

“Boleh!!”

“…. Abang pergilah mandi dulu, Aten siapkan breakfast.” Arah Fatin, Irham senyum menurut, dia pantas bangun meloloskan dirinya masuk ke dalam bilik air. Dalam diam sebenarnya Fatin menyedari tindak tanduk Irham yang sering memerhatikannya, dia tahu suaminya itu hairan dengan perangainya yang secara tiba-tiba saja berubah. Dia biarkan hal itu menjadi tanda tanya Irham, dia tak mahu untuk menerangkan apa-apa, biarlah bahasa tubuh dan percakapannya sahaja yang menerangkan segalanya.

……………………………………………………

“Abang…” Panggil Fatin bila kedua-duanya ingin melangkah masuk ke dalam mall. Irham menoleh.

“Ada apa? Barang tertinggal?” Soalnya.

“Tak…” Fatin menggeleng, dengan langkah perlahan dia berjalan menghampiri suaminya. Irhan kerut dahi.

“…. Nak pegang tangan Abang je. Dah, jom!” Jawabnya seraya menarik tangan Irham ke dalam genggamannya. Terpinga-pinga Irham dibuatnya.

…………………………………

“Warna pink ni cantik tak??” Soal Fatin, Irham menggeleng.

“Girlish sangat…”

“Hijau?”

“Taknaklah, macam pokok berjalan.”

“Er! Kuning?”

“Lagi taknak, malu orang tengok Abang jalan dengan kerabat raja…”

“Ha, Merah Mak Ngah??” Fatin geram. Dihalakan baju itu betul-betul dihadapan muka Irham. Irham ketawa.

“Nope! Nampak ‘pedas’!” selamba dia menjawab.

“Eh, kesitu pula dia… Erm, cari tempat lain lah~…” Fatin meletakkan balik baju kemeja yang dipegangnya, itu tak nak, ini tak nak, itu tak suka, ini tak suka… haishh! Susahlah Aten bang!~ Matanya masih melilau-lilau mencari kemeja yang diidam-idamkan. Diangkat satu, ditolak satu, ditarik yang itu, yang ini dicampakkan, mesti bengang salesperson kedai ni bila tengok aku buat sepah-sepah macam nih! sempat juga dia berikir begitu, tapi hampeh, tangannya tak seiring fikirannya.

“Fatin….” Fatin tersentak bila disapa dengan suara itu. Hariz?? Suara itu mirip Hariz! Dipalingkan mukanya mengadap belakang.

“You!!??” Tepat tekaannya, Hariz benar-benar kini berada di hadapannya.

“Err… can we talk for a minute?” Pinta lelaki itu, mukanya kelihatan sangat mengharap. Fatin hilang kata, Irham disebelahnya yang juga kelihatan terkejut dipandangnya.

“Its okay, take your time. Abang tunggu sana…” Ujar lelaki itu. Fatin menarik nafas panjang. Tangan lelaki itu dipegangnya. Irham agak tersentak bila Fatin menarik tangannya.

“Ada apa lagi?” Soalnya pada Hariz.

“Err… boleh kita bincang berdua? I mean, between you and I?” pinta Hariz mungkin tak selesa dengan kehadiran Irham. Fatin menggeleng pantas…,

“I don’t think so… Irham suami I, so dia patut ada sekali… Hal I hal dia juga. Kalau tak puas hati, you may go. Lagipun, takde apa yang perlu kita bincangkan lagi. it’s over now!” Tegas Fatin menuturkan katanya. Hariz kelu lidah, tak tahu bagaimana nak mulakan ayat.

“Erm… Kembali pada I, I want you back.” Fatin senyum sinis bila terdengarkan ayat itu.

“Kenapa? Duit you dah habis??” Soalnya bersakrastik, kali ini Irham pula yang terkejut. Bulat matanya memandang Fatin… ‘Fatin dah tahu hal yang sebenarnya?’ Jantungnya bergerak laju.

“Bu..kan… Bukan sebab tu. Hm… I miss you honey… Please, I can’t live without you… I want you…” Hariz merayu. Sumpah setelah apa yang terjadi semalam, dia benar-benar menyesal, disebabkan duit dia lupa diri, dia lupa pada Fatin, gadis yang dikasihinya. Dia benar-benar mahukan gadis itu kembali.

“Your words are all rubbish Hariz, you ingat I barang? Time you suka you datang, time taknak you campak I sesuka hati…”

“But please Fatin, I menyesal. Truly sorry… please, maafkan I…”

“Hariz, cukuplah. You pergilah balik, I dah taknak tengok muka you lagi. I dah ada suami, and betul kata-kata you, tempat I disini, di sisi suami I, I tak perlukan you untuk berseronok… happy dan sedih I sekarang dah jadi milik mutlak Irham. I maafkan you, tapi ingat I takkan pernah lupa setiap satu perkataan pun yang you lemparkan pada I…”

“Tapi….

“Cukuplah Hariz… Abang, jom kita pergi.”

“Fatin, tunggu dulu! I boleh jelaskan semua ni… Please bagi I peluang.” Tangan Fatin di rentap dari pegangan Irham.

“Hey! Jangan kurang ajar…” Irham menolak Hariz hingga menyebabkan lelaki itu terdorong sedikit ke belakang. Mahu saja dia menumbuk lelaki itu, tapi ditahannya…

“Abang, dah… Jom, biarkan dia..” Pujuk Fatin. Irham dengus marah, isyarat mata diberikan agar Hariz berundur. Lelaki itu tunduk malu, tiada sepatah kata yang mampu dia utarakan. Matanya mengekor pasangan yang sudah jauh menjauh tu.

……………………………….

“Fatin okay?...” Tegur Irham. Sejak dari dalam kereta hinggalah sekarang, tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut wanita itu. Fatin angguk.

“I’m okay…” Jawabnya. Irham mula resah bila teringatkan hal tadi.

“Fatin marahkan Abang?” Soalnya.

“Marah sebab?”

“Err… Abang rasa Fatin dah tahu hal sebenar. Pasal Abang dan Hariz, err… pasal duit……
Fatin menoleh memandang Irham yang agak gementar. Bibirnya menguntum senyum.

“Terima kasih Abang….” Ucapnya. Irham kerut dahi. Fatin menarik nafas panjang, seperti ada sesuatu yang mahu dibicarakan…

“…. Terima kasih sebab selamatkan Aten dari lelaki tu... Aten taknak ambil tahu pasal hal Abang dengan dia, apa yang Abang buat atau bagi pada dia, Aten Cuma nak abang tahu, Aten menyesal… Aten silap sebab tak pernah pandang Abang, Aten silap sebab Aten abaikan Abang, Aten berdosa. Maafkan Aten…” Kata-kata itu diucap dengan ikhlas. Irham mengelus rambut Fatin penuh kasih. Demi Allah, dia cukup gembira saat itu. Dahi Fatin dikucup lembut.

“Tiada apa yang perlu dimaafkan sayang, Abang bersyukur sangat Fatin dah mula terima Abang sebagai suami Fatin… Abang bahagia sayang…” Tubuh Fatin dirangkul dalam pelukkannya.

“Kita mulakan hidup yang baru ya, kita mulakan segalanya yang baru. Kita bina keluarga kita...” Tambah Irham lagi, Fatin senyum mengganguk, dibalasnya pelukan Irham erat. Sungguh dia selesa berada di dalam dakapan lelaki itu.

“Abang….” Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Pelukkannya dileraikan.

“Kenapa?”

“Aten dengar Abang cakap dengan Bella tempoh hari, Abang nak stay overseas? Further study dan kerja di sana??” Fatin mula teringatkan kembali hal itu. Irham senyum mengganguk mengiyakan kata-kata Isterinya.

“Dah lama Abang cadang nak tinggal kat sana… Abang tak sempat nak bagitahu Fatin…” Balasnya.

“Bila Abang nak pergi sana?” Soal Fatin.

“Erm… As soon as possible. Kenapa?”

“Aten macammana?”

“Hmm… Fatin nak ikut Abang atau……

“Aten nak ikut!” Potong Fatin, belum sempat pun Irham menghabiskan ayatnya. Tertawa kecil Irham melihat tingkah Fatin. Dicubitnya pipi isterinya itu.

“Eh, Abang ingat Fatin nak tinggalkan Abang… sekarang dah lain pula?” Usik Irham. Fatin cebik bibir.

“Itu dulu…..” Jawabnya.

“Sekarang macam mana pula? Masih nak tinggalkan Abang atau….

“Sekarang Aten nak selalu bersama Abang, Abang pergi mana pun Aten nak ikut… Kat mana ada Abang, kat situ ada Aten… dan begitulah sebaliknya…” Tambahnya manja disisi Irham. Lelaki itu menguntum senyum.

“Okaylah… Abang pun akan selalu bersama Fatin, isteri Abang yang manja nieee…!” Ucap Irham, dicapainya jemari Fatin dan dikucupnya mesra.

“Eh Abang, Mama? Mama macammana?” Tiba-tiba Fatin teringatkan Datin Maimon. Sudah agak lama mereka tak dengar khabar berita dari wanita itu.

“Fatin dah bersedia nak jumpa Mama?” Soal Irham. Lama Fatin diam sebelum akhirnya dia mengganguk. Sampai bila mereka harus melarikan diri dari Mamanya.

“Fatin dah bersedia, kesian Mama, dia mesti rasa sunyi sekarang… Erm… Kita balik rumah Mama ya?” Pujuk Fatin. Irham senyum. Dia bangga mempunyai isteri semurni Fatin. Pipi mulus isterinya itu dielus perlahan.

“Okay sayang, kita balik jumpa Mama…” putusnya.

………………………………………………..

“Assalammualaikum…. Assalammualaikum………….”

“Waalaikummusalam…..” Kelihatan kelibat Bibik berjalan menghampiri mereka. Irham dan Fatin berpandangan sesama sendiri.

“Eh, Tuan Irham samanya Ibu Fatin…” Mesra wanita itu menyambut mereka berdua. Pintu pagar dibuka bagi membolehkan mereka berdua masuk.

“Mama mana Bik?” Soal Irham. Matanya melilau memerhatikan sekeliling.

“Datin ya? Sejak kelmarin sudah ngak ada. Dia pergi kerjain umrah.” Terang Bibik. Irham kelihatan terkejut, begitu juga Fatin.

“Pergi Umrah?? Kenapa saya tak tahu?” Soal Irham.

“Datin ngak mahu saya bilang pada sesapa. Tapi, dia ada tinggalkan surat untuk Tuan. Nanti bibik ambilkan.” Belum sempat Irham menjawab, bibiknya sudah pun menghilangkan diri ke dapur. Seketika kemudian dia keluar dengan sepucuk surat di tangan. Disuakan pada Irham. Terketar-ketar tangan Irham menyambutnya. Perlahan-lahan dia membukanya.

Irham….
Mungkin semasa kamu sedang membaca nota ini, Mama sudah pun sampai ke kota Mekah. Maafkan Mama sebab tinggalkan kamu tanpa pesan, Mama malu untuk bertemu kamu setelah apa yang jadi. Semenjak kamu tinggalkan Mama, tiada apa yang tinggal dengan Mama, melainkan diri Mama sendiri. Mungkin Allah telah membukakan hati Mama untuk bertaubat dan kembali padaNya. Mama betul-betul menyesal dengan apa yang yang telah Mama buat. Mama malu pada diri sendiri, malu pada semua orang, terutamanya pada kamu dan Fatin. Mama dah banyak buat dosa dengan Fatin, mudah-mudahan saja dia dapat memaafkan Mama.

Irham Sayang,
Mungkin sekarang tiba masanya Mama dijemput untuk menginsafi segala kesalahan Mama di rumah Allah. Mama akan pulang bila hati terdetik untuk berbuat begitu, tolong redhai pemergian Mama, doakan Mama selamat disini... Kamu jagalah diri baik-baik, dan jagalah Fatin, jangan dikasari dirinya sebagaimana yang Mama pernah buat dulu. Bantu Mama untuk tebus balik segala kesalahan Mama padanya. Tolong Mama untuk bahagiakan dia. Dia gadis yang baik Irham, dan dialah yang terbaik untuk kamu… Mama maafkan segala kesalahan kamu, Mama halalkan segalanya. Mama harap kamu juga begitu.
Akhir kata, Mama sayangkan kamu……..

Terduduk Irham selesai saja membaca surat itu.

“Abang…..” Fatin memaut lembut bahu suaminya. Hatinya juga turut tersentuh. ‘Alhamdullilah, akhirnya Mama sudi untuk terima aku…’ Desisnya.

“……. Abang, kita doakan saja mudah-mudahan Mama jumpa apa yang dicari di sana… Selamat pergi dan balik.. ” Pujuknya. Irham mengganguk mengiyakan kata-kata isterinya.

“Mudah-mudahan sayang…..” Jawabnya. Tidak tahu apa yang patut dia rasakan kini, tapi yang pasti hatinya lega. Lega kerana syurga dunia yang dia cari-cari selama ini semakin hari semakin dekat padanya.

+++++++++++++++++++++++

“Sayang….” Fatin yang sedang leka membaca novel menoleh memandang suaminya. ‘Lain macam sangat bunyi panggilannya nie..!’ Bisik hati kecilnya.

“Ada apa Abang?” Soalnya. Irham senyum tersirat.

“Kan seronok kalau rumah kita ni riuh dengan suara baby….” ‘Aaa!’ Fatin mula menggagak.

“Takpe, nanti esok kita pergi rumah sebelah, bibik kata anak Datin Sofea dah bersalin kelmarin… Nanti kita pi tengok ya…” Fatin cuba menukar tajuk perbualan. Jantungnya usah cakaplah, berdegup seakan mahu keluar dari paksinya. Irham ketawa.

“Alaaa… Abang nak ada baby sendiri.” Rengek Irham, sengaja mahu bermanja dengan isterinya. Ditarik novel yang berada di tangan isterinya.

“Abang, Aten kan tengah baca…” Tingkah Fatin apabila bacaannya diganggu. Ditenung suaminya dengan pandangan yang tajam.

“Sayang… please. Malam ni?” Pinta Irham mengharap. Fatin mengerutkan dahinya.

“Kalau tak?” Dia angkat kening.

“Abang merajuk…” Jawab Irham, dipalingkan badannya membelakangkan Fatin.

Fatin ketawa. ‘Eleh, ngade!’

“Tak sangka suami Aten ni manja juga orangnya…Alololo…” Dia cuba berseloroh. Irham masih lagi mendiamkan diri.

“Abang….” Panggil Fatin, kali ini itonasi suaranya berubah. Lembut dan manja. Irham menoleh. Bibir isterinya terlakar sebuah senyuman yang indah.

“Abang nak berapa orang baby?” Soalan Fatin membuatkan Irham tersenyum sampai ke telinga. Dengan perlahan dia merapati isterinya. Dikucup mesra dahi dan kedua belah pipinya. Dicepung Fatin dalam pelukannya dan dibaringkannya perlahan. Fatin membiarkan Irham, memang hak dia. Hak yang sudah lama dia ambil daripada lelaki itu.

Irham membisikkan sesuatu ke telinga Fatin…

“Sayang…. Abang janji, Abang akan jaga dan sayang Fatin seumur hidup Abang….. Takkan pernah sekali pun Abang akan biarkan Fatin keseorangan… Abang telah berjanji, dan sekarang Abang sedang cuba untuk menunaikannya… Fatin segalanya buat Abang, Abang sayang Fatin dunia akhirat…………………….”


-TAMAT-